|

5 CARA BUAT DUIT ONLINE RM100 SEHARI DARI RUMAH

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

buat duit dari rumah

Anda sedang mencari idea bisnes yang boleh menjana pendapatan lumayan seperti cara buat duit online RM100 sehari dari rumah? Saya tahu ramai yang ingin menjana pendapatan dari rumah terutama kaum ibu.

Ada yang sedang bekerja dan ingin mencari mata pendapatan sampingan, ada yang sedang bercita-cita nak berhenti kerja dan menjalankan bisnes dari rumah, ada yang sekarang suri rumah dan inginkan pendapatan sendiri.

Untuk itu, pada artikel ini saya akan kongsikan cara untuk buat duit online RM100 sehari dari rumah. Ada banyak idea bisnes yang boleh anda lakukan, tetapi fokus kali ini adalah untuk membuat margin yang tinggi supaya boleh menjana duit online RM100 sehari dari rumah.

Jadi, 5 Cara Buat Duit Online RM100 Sehari Dari Rumah Adalah Seperti Berikut:-

1. BISNES YANG SCALABLE

Sebelum anda membuat sebarang bisnes online dari rumah, anda perlulah memilih bisnes online yang scalable (mudah dikembangkan).

Maksud scalable di sini adalah kemampuan anda untuk menampung permintaan jualan jika permintaan dari customer meningkat. Bisnes online yang bergantung pada diri/kemahiran seseorang, adalah sukar untuk dikembangkan pada permulaan.

Sebagai contoh, anda seorang motivator, seorang penceramah. Hanya anda seorang yang boleh bercakap dan berikan ceramah. Jika anda sakit atau ada hal yang tidak dapat dielakkan, maka majlis terpaksa dibatalkan. Jadi bisnes model ini tidak scalable.

Anda perlu memilih bisnes yang scalable seperti pereka laman web, ghostwriter, penulis, editor, proofreader. Walaupun bisnes yang saya senaraikan ini memerlukan kemahiran seperti membina laman web, anda boleh mengupah pekerja atau freelancer untuk membuat tugasan tersebut. Sama juga seperti penulis, editor, proofreader.

2. BISNES YANG BOLEH DIAUTOMASI

Dengan bantuan teknologi terkini, urusan perniagaan boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Bisnes online yang boleh diautomasi adalah amat menyenangkan pemilik perniagaan. Sebagai contoh, sekiranya anda demam atau anak sakit, bisnes online tetap boleh berjalan seperti biasa dengan bantuan teknologi.

Antara contoh bisnes online yang boleh diautomasi adalah bisnes produk digital, bisnes affiliate. Bisnes online jenis ini hanya memerlukan anda bekerja sekali untuk setup dan menerima keuntungan berkali-kali selagi ianya terjual di pasaran.

Contoh: Anda membuat eBook atau eCourse “Cara Membaca Pantas untuk Anak Berumur 4-6 tahun”. Anda hanya perlu membuat sekali eCourse tersebut. Kemudian, anda sediakan:-

  • minisite / website untuk menjual eCourse
  • cara pembayaran di minisite
  • Facebook Page untuk membolehkan buat pengiklanan berbayar dengan Facebook Ads.
  • chatbot untuk mewakili diri anda chat dengan customer secara automatic
  • autoresponder email yang diletakkan di minisite untuk dapatkan database seperti nama serta email dan memudahkan untuk anda follow up prospek.

Setelah semuanya siap, anda hanya perlu jalankan kempen pemasaran dengan Facebook ads ataupun Google ads untuk menarik trafik masuk ke minisite. Setiap persoalan akan dijawab oleh cahtbot atau melalui email.

Bisnes online yang dilakukan secara automasi memudahkan anda untuk mengembangkan lagi perniagaan. Setelah siap satu produk digital, anda boleh sibukkan dengan mencipta produk digital lain. Dengan ini sumber pendapatan juga bertambah.

Sebagai contoh, produk A mendapat untung RM50 dan produk B mendapat untung RM50. Untuk 2 produk ini anda telah mendapat keuntungan RM100 sehari.

Anda hanya perlu fokus kepada customer service sekiranya produk digital adalah ciptaan anda sendiri. Cara mudah untuk handle customer service adalah dengan membuka Facebook Group. Setiap soalan dari pembeli boleh dijawab di situ. Jika ada soalan yang sama, pembeli boleh merujuk soalan sebelum ini.

Cara lain anda boleh melantik seseorang untuk membalas segala pertanyaan dari customer. Hal ini mudah dilakukan jika after sales service melalui email dan anda boleh sediakan jawapan untuk dijawab oleh staff terbabit.

Jika anda ingin belajar step by step cara memulakan bisnes ebook dan produk digital, anda boleh masuk ke Rahman Online Academy.

Selain bisnes produk digital yang dibangunkan sendiri, anda juga boleh buat bisnes affiliate. Bisnes affiliate tidak memerlukan mencipta produk sendiri dan juga tidak memerlukan after sales service. Semua berkaitan produk diuruskan oleh pemilik produk. Tugas anda hanya mempromosi.

Antara program affiliate yang menawarkan pasif income adalah Program Affiliate SJP 4.0. Pelbagai produk berkaitan niche buat duit online ditawarkan dalam SJP 4.0. Dalam program ini anda akan menerima 40% komisen sebagai affiliate dan 20% komisen tier 1 jika ejen affiliate lain mendaftar di bawah anda. Tiap kali ejen anda buat jualan, anda juga merasa komisen.

Selain itu, website lain yang menawarkan program affiliate adalah Klikjer. Klikjer memberi komisen 50% untuk setiap jualan dari link anda.

Jika anda ingin cuba mempromosi produk affiliate international, anda boleh membuat blog atau website dalam Bahasa Inggeris. Clickbank adalah platform produk affiliate antarabangsa dan membayar para affiliate dalam USD.

3. Outsourcing

Outsourcing adalah dengan cara outsource kerja atau tugas kepada pihak lain. Kenapa model bisnes outsourcing ini boleh buat duit online RM100 sehari dari rumah? Kerana ia boleh dilakukan dengan bantuan pihak ketiga.

Outsourcing tidak memerlukan kepakaran anda dalam sesuatu bidang. Contohnya pereka laman web, pereka grafik, illustrator, SEO consultant, bookkeeping, apps developer, software developer.

Tugas anda sebagai pemilik bisnes adalah mencari seberapa banyak pelanggan. Contohnya anda menyedikan servis mereka laman web. Servis ini diiklankan di website anda. Setiap order dari customer akan terus dioutsource kepada pereka laman web yang telah anda tetapkan.

Mungkin timbul persoalan di mana nak cari freelancer?

Anda boleh mencari freelancer dari pelbagai background dan kemahiran di Upwork, Fiverr, Freelancer. Guru, iWriter. Laman web antarabangsa ini menyediakan pelbagai service yang boleh anda gunakan. Anda cuma perlu memilih yang terbaik dan harga setiap servis adalah berbeza. Untuk memilih yang terbaik anda perlu melihat kepada review dan juga mencuba sendiri servis tersebut.

4. Fokus pada recurring income

Buat bisnes online yang boleh mendapat pendapatan ulangan. Sebagai contoh jika menjual produk kesihatan atau supplemen, susu bayi, pampers bayi, orang akan membeli lagi dan lagi. Ini adalah salah satu cara untuk buat duit online RM100 sehari dari rumah.

Selain itu, bagi produk digital anda boleh buat membership website, eCourse. Mereka yang masuk ke membership website membayar yuran bulanan contohnya RM20 tiap bulan. Jadi, anda mendapat pendapatan tetap setiap bulan.

Sama juga seperti eCourse. Bagi eCourse dan membership website, anda perlu menambah konten setiap minggu atau bulan. Ini kerana, mereka yang melanggan website anda semestinya inginkan konten yang fresh dan bernilai bagi mereka.

Jika 500 orang yang melanggan membership site anda.

Yuran bulanan RM20.

Anda mendapat RM10,000 setiap bulan. (Ini tidak termasuk langganan baru tiap bulan jika anda meneruskan promosi setiap hari).

5. Buat blog

Dengan ada blog anda boleh jana pasif income. Tapi nak buat duit dari rumah dengan blog bukan mengambil masa sehari dua. Anda perlu sabar dan konsisten menulis blog. Blog anda hidup dengan adanya trafik.

Bagi menarik trafik ke blog anda boleh gunakan 2 cara:-

  1. Cara percuma
  2. Cara berbayar

Cara percuma yang biasa dilakukan untuk menarik trafik ke website atau blog adalah melalui Search Engine Optimization (SEO). Dengan gunakan SEO website atau blog anda berpeluang berada di muka pertama Google.

Selain itu, teknik percuma terkini adalah dengan gunakan Youtube. Anda boleh buat video berkaitan konten yang ditulis di blog dan tulis link di bahagian description di Youtube. Mereka yang menonton video anda di Youtube akan tekan link itu dan dibawa ke blog anda.

Anda juga boleh kongsikan artikel di Facebook Profile ataupun di Facebook Group. Artikel yang bernilai adalah artikel yang memberi manfaat kepada pembaca. Jika anda nak tahu cara mencari pelanggan di media sosial, baca artikel 4 Cara Mudah Cari Pelanggan Di Media Sosial.

Cara berbayar pula adalah dengan buat pengiklanan di Google Ads ataupun di Facebook ads. Mereka yang klik iklan anda akan dibawa terus ke blog.

Jika anda katakan tidak cukup masa nak buat blog, tidak pandai nak menulis, jangan risau. Saya ada solusi untuk anda. Anda boleh mengupah orang lain untuk menulis bagi pihak anda. Iklankan di Facebook Group untuk mencari penulis artikel. Anda juga boleh mengupah student universiti. Rate mereka mungkin lebih rendah dari penulis artikel yang berpengalaman.

Selain itu, anda juga boleh membuka ruangan guest post untuk blogger lain menulis artikel di blog anda. Pastikan guest post adalah berkaitan dengan niche blog anda.

Bila trafik dah ada, bagaimana pula cara nak jana pendapatan dengan blog?

Cara Buat Duit RM100 Sehari Dari Rumah Dengan Blog:

1. Jualan produk fizikal atau digital milik anda sendiri

Jika anda ada produk sendiri ataupun ejen produk, anda boleh iklan di blog. Apa yang anda boleh buat adalah dengan menulis review ataupun menulis artikel berkaitan produk anda.

Contoh jika anda menjual vitamin untuk kanak-kanak. Anda boleh buat artikel bertajuk “Apa Pentingnya Makanan tambahan Untuk Anak Berusia Bawah 12 Tahun”.  Jangan nampak terlalu menjual di blog. Tetapi, kongsikan banyak manfaat untuk pembaca blog anda. Dengan berkongsi konten, ia akan menarik lebih banyak trafik ke blog anda.

2. Jadi ejen affiliate

Letakkan link affiliate anda dalam artikel yang berkaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan. Selain itu, anda juga boleh membuat review tentang produk affiliate tersebut.

3. Sponsored post

Sponsored post adalah anda membuat artikel untuk produk orang lain dan dibayar atas artikel tersebut. Selalunya blogger yang dipilih adalah blogger yang mempunyai trafik yang berkualiti setiap bulan.

Apa yang saya maksudkan dengan trafik berkualiti? Kenapa tidak trafik yang banyak?

Trafik berkualiti adalah pembaca yang tepat dengan niche blog anda. Sebagai contoh, anda menulis tentang “Resipi Diet untuk Wanita Berusia”. Pelawat blog anda sepatutnya adalah wanita yang berusia 40 tahun ke atas dan ingin kurangkan berat badan.

Jika pelawat anda adalah lelaki yang berusia 30 tahun ke bawah, maka, jika anda keluarkan sponsor post tentang tudung swaroski, ianya tentu tidak menarik minat mereka.

Untuk itu, bagi menarik pembaca yang tepat, blog anda perlu mempunyai niche. Contohnya blog tentang resipi diet wanita, hanya menulis topik berkaitan resipi diet untuk wanita dan tidak melalut masuk ke cerita lain yang tidak berkaitan.

4. Online Consultation

Konsultansi adalah satu cara untuk menjana pendapatan yang lumayan. Contoh konsultansi yang boleh diberikan secara online adalah seperti Fitness Consultant, SEO consultant, Social Media consultant.

Jika anda tiada kepakaran dalam sesuatu bidang, anda boleh mengambil kursus berkaitan dan dapatkan sijil. Cara mudah, seperti saya dah nyatakan di atas, outsource kepada pihak lain yang mempunyai kepakaran. Ini juga adalah cara untuk buat duit online RM100 sehari dari rumah hanya dengan mark up harga kepada pelanggan.

Contoh SEO consultant.

Caj kepada seorang client RM3,500. Anda outsource kepada pihak lain dengan kos RM2500. Anda untung RM1,000 setiap client. Jika anda ada 5 clients tiap bulan, anda untung RM5,000 sebulan. Ini tidak termasuk kos iklan berbayar jika anda gunakan Facebook Ads ataupun Google Ads untuk menarik trafik ke blog anda.

Adakah teknik ini sesuai untuk newbie?

Teknik yang saya kongsikan ini adalah sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Apa yang penting anda ikut apa yang dinyatakan dalam artikel ini dan terus bertindak. Jangan bertangguh lagi untuk mula buat duit online RM100 sehari dari rumah. Anda boleh jika mulakan tindakan sekarang!

Similar Posts

Leave Comment