|

21 Idea Bisnes Mudah Untuk Dimulakan

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan sudah tentu akan memilih bisnes mudah untuk dimulakan. Apatah lagi jika mempunyai modal yang terhad. Tentunya anda mencari bisnes modal kecil yang mudah untuk dimulakan.

Kenapa perlu memilih bisnes mudah untuk dimulakan?

Kerana ia dapat mengurangkan risiko jika bisnes yang dijalankan menemui kegagalan. Jika anda memilih bisnes mudah, modal yang diperlukan juga rendah. Andai gagal, anda mampu bangkit semula tanpa hutang yang banyak keliling pinggang.

Selain itu, ia membolehkan anda mencari pendapatan sampingan atau bahkan menjadi penuh masa jika bisnes tersebut berjaya. Dengan memulakan bisnes yang mudah, anda tidak perlu kemahiran yang tinggi untuk bermula. Anda boleh bermula segera menggunakan apa yang ada di tangan.

Selepas memulakan bisnes, anda akan belajar banyak tentang perniagaan. Segala pengalaman itu berguna untuk mengembangkan bisnes pada masa akan datang.

Contoh Idea Bisnes Mudah Untuk Dimulakan

Bisnes mudah untuk dimulakan adalah seperti berikut:-

1. Menjual makanan atau minuman

Menjual makanan dengan membuka gerai tepi jalan adalah salah satu idea bisnes mudah untuk dimulakan kerana ia memerlukan modal yang rendah.Selain itu, makanan seperti pisang goreng, keropok lekor atau air balang sentiasa dicari oleh orang ramai.

Untuk memulakan bisnes makanan ini, anda perlu menyediakan barang untuk membuka gerai seperti kanopi. Selain itu, bahan mentah yang diperlukan untuk memasak makanan.

bisnes mudah untuk dimulakan

Bisnes ini juga boleh dilakukan dengan menyewa tapak di pasar malam. Anda juga boleh mengembangkan bisnes ini dengan menyediakan makanan untuk acara-acara seperti kenduri kahwin atau majlis rasmi.

Apa yang menarik, perniagaan ini tidak memerlukan anda melakukan promosi besar-besaran. Cukup dengan membuka gerai di lokasi strategik yang mana mudah untuk orang berhenti membeli serta banner iklan tentang produk jualan anda.

Anda juga perlu pastikan lokasi yang dipilih mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

2. Bisnes dropship

Dropship adalah satu model bisnes di mana anda menjual produk orang lain dengan menggunakan platform seperti kedai online atau laman sesawang. Seseorang yang berbisnes dropship tidak perlu membeli stok produk terlebih dahulu atau mengeluarkan modal yang besar untuk menyimpan stok tersebut.

Sebaliknya, apabila ada pembeli yang membuat pembelian, baru anda beli produk tersebut dari pengeluar atau pembekal. Mereka akan menghantarnya terus kepada pembeli. Model bisnes mudah untuk dimulakan dengan modal kecil atau zero kos.

Anda perlu memastikan memilih pembekal yang boleh dipercayai. Terutamanya dari segi tempoh waktu penghantaran dan kualiti produk supaya tidak menerima banyak komplen dari pelanggan.

3. Makanan ringan

Idea bisnes mudah untuk dimulakan seterusnya adalah berniaga makanan ringan. Makanan ringan atau kudapan tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh memulakan bisnes ini dengan menjual makanan ringan seperti kerepek, popcorn, kekacang, biskut di kawasan rekreasi atau kawasan tumpuan pelancong.

Bisnes makanan ringan juga boleh dijalankan dengan menjadi pembekal makanan ringan di kedai-kedai, kantin atau pejabat. Bekalan barang untuk jualan sama ada anda buat sendiri atau beli dari pembekal dengan kuantiti yang banyak. Jika dapatkan dari pembekal, anda boleh repack semula kepada bungkusan yang kecil.

4. Produk buatan tangan

Jika anda mempunyai kemahiran menjahit, membuat aksesori, atau menghasilkan produk-produk buatan tangan, anda boleh jadikan ia sebagai sumber pendapatan. Bisnes produk handmade adalah satu idea bisnes yang menarik bagi sesiapa yang lain. Ia mudah dimulakan dengan menjual produk handmade di pasar malam atau di kedai online.

Produk handmade yang unik dan berkualiti tinggi boleh menarik pelanggan yang setia dan menjadikan bisnes ini berjaya. Namun, anda perlu memastikan produk yang anda jual mempunyai permintaan yang tinggi.

5. Bisnes menjual produk digital (ebook, template, dll.)

bisnes mudah untuk dimulakan

Ini adalah satu idea bisnes yang menguntungkan bagi sesiapa yang ingin menghasilkan produk digital seperti ebook, template, kursus online atau lain-lain. Apa yang bestnya, produk digital tidak memerlukan stor untuk simpan stok atau pengangkutan.

Ia boleh dijual secara terus melalui laman web, media sosial atau platform seperti Amazon, Udemy, Thinkific, Teachable. Keuntungan dari produk digital boleh dikatakan hampir 100% jika anda menjual tanpa menggunakan platform berbayar ataupun iklan. Sekali buat produk digital, anda akan terima hasilnya berkali-kali selagi jualan masih dibuka.

Memang boleh dapat pendapatan lumayan dengan produk digital tapi perlu tahu cara mudah untuk dapat pelanggan.

6. Kedai online

Seterusnya, menjual produk di kedai online atau marketplace adalah satu idea bisnes yang mudah dimulakan bagi sesiapa yang mempunyai modal kecil. Anda boleh memulakan bisnes ini dengan menjual produk di kedai online seperti Shopee atau Lazada.

Pelajari cara untuk sukses dengan berniaga di Shopee dan Lazada.

Selain itu, anda juga boleh buka perniagaan dalam talian dengan membina laman web sendiri atau menggunakan platform seperti WordPress, WooCommerce atau Shopify. Anda perlu ada beli nama domain dan hosting untuk bina laman web sendiri.

Ia membolehkan anda menjual produk kepada pelanggan di seluruh dunia dengan mudah. Bisnes ini juga mudah untuk dimulakan dan dikendalikan, serta memerlukan modal yang rendah untuk memulakannya. Anda juga boleh mulakan perniagaan ini dari rumah saja.

7. Sewa barang

Anda ada barang yang jarang digunakan seperti water jet, kanopi, peralatan sukan atau fotografi? Apa kata mulakan bisnes sewa barang tersebut. Daripada jarang digunakan lebih baik jana pendapatan dengan menyewakan barang-barang itu.

Bisnes penyewaan barangan adalah satu idea bisnes mudah untuk dimulakan. Selain menyewakan kepada individu anda boleh menyewakan kepada acara-acara seperti majlis kahwin atau majlis sambutan hari jadi. Ia boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan.

8. Makanan sejuk beku

Sekiranya anda pandai memasak, anda boleh memulakan perniagaan makanan sejuk beku. Jika tidak, anda boleh mengupah orang untuk memasak dan kemudian bekukan makanan tersebut. Antara makanan yang boleh dibuat adalah seperti karipap, samosa, wadey dan macam-macam lagi.

Anda boleh memulakan bisnes ini dengan menjual makanan sejuk beku di pasar malam atau dari rumah sahaja. Iklankan di group WhatsApp perniagaan yang anda jalankan supaya penduduk setempat tahu tentang bisnes anda.

Untuk mengembangkan lagi perniagaan, anda boleh mengambil ejen. Berikan kadar komisyen yang berpatutan agar ramai yang berminat untuk menjadi ejen produk anda.

Selain itu, anda juga boleh menjual terus kepada peniaga makanan yang lain untuk dijual semula.

9. Menjual hasil tanaman

Bisnes ini sesuai dimulakan jika ada kebun atau rumah anda mempunyai kawasan untuk menanam sayur-sayuran atau buah-buahan. Anda boleh memulakan perniagaan ini dengan menjual hasil tanaman seperti sayur-sayuran, buah-buahan, atau bunga-bungaan di pasar malam atau hantar kepada kedai.

Ia juga boleh dijalankan secara online melalui laman sesawang atau marketplace seperti Shopee dan Lazada.

10. Perkhidmatan mencuci

Bisnes perkhidmatan mencuci boleh dimulakan tanpa modal. Anda boleh menawarkan perkhidmatan membersihkan rumah atau pejabat kepada individu atau syarikat di kawasan sekitar.

bisnes mudah untuk dimulakan

Peralatan asas untuk disediakan adalah seperti penyapu, mop, pengaut, vakum, penyapu sawang, dan kain lap. Namun begitu, jika anda tidak mempunyai modal, anda boleh meminta pemilik rumah atau pejabat untuk menyediakan segala peralatan pencucian. Anda hanya perlu menyediakan tenaga kerja untuk membuat pembersihan.

11. Servis cuci kereta

Bisnes cuci kereta adalah satu idea bisnes mudah yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah. Ia boleh dijalankan secara kecil-kecilan dengan mencuci kereta dari rumah ke rumah atau boleh dijadikan sebagai perniagaan yang lebih besar dengan menyewa premis. Antara perkhidmatan cuci kereta seperti pencucian dalaman dan penjagaan enjin.

Untuk memulakan bisnes cuci kereta, anda perlu menyiapkan peralatan yang diperlukan seperti mesin cuci, alat pembersih, dan lain-lain. Seterusnya, mencari pelanggan dengan menggunakan strategi pemasaran seperti mempromosikan perkhidmatan di media sosial atau dengan memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan terawal.

Bisnes cuci kereta juga boleh dijalankan dengan menawarkan servis cuci kereta kepada kedai-kedai kereta atau bengkel-bengkel kereta.

Ia boleh menjadi satu idea bisnes yang menguntungkan jika dijalankan dengan betul. Anda dapat menambah pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan tambahan seperti penjagaan enjin atau penghantaran kereta ke lokasi yang diperlukan.

Selain itu, dengan menjaga kepuasan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, anda boleh menarik pelanggan setia dan menjadikan servis cuci kereta sebagai bisnes yang berjaya.

Bagi memastikan perniagaan cuci kereta berjalan dengan teratur, anda perlu mengatur jadual serta tempoh pencucian.

Peralatan yang digunakan juga perlu sentiasa dalam keadaan baik. Di samping itu, anda perlu menjaga kebersihan dan keselamatan premis perniagaan untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan.

12. Servis penulisan

Jika anda mempunyai minat dan mahir menulis dengan baik, servis penulisan adalah satu idea bisnes mudah untuk dimulakan. Apa yang penting, anda memiliki komputer atau laptop serta sambungan internet.

Anda boleh menawarkan perkhidmatan penulisan artikel, copywriting, atau menulis konten untuk media sosial kepada individu atau syarikat.

Untuk memulakan bisnes penulisan, anda perlu mempunyai kemahiran penulisan yang baik. Sama ada menulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris, anda boleh pilih bahasa ynag anda mahir.

Seterusnya, anda juga perlu menyiapkan portfolio penulisan untuk ditunjukkan kepada pelanggan. Ia membolehkan pelanggan menilai kemampuan penulisan anda, sama ada ia bersesuaian dengan kehendaknya.

Bisnes servis penulisan boleh dijalankan dengan menggunakan platform seperti Upwork atau Fiverr untuk mencari pelanggan. Selain itu, anda boleh mempromosikan perkhidmatan penulisan melalui media sosial atau website sendiri.

Anda boleh menjalankan servis penulisan dengan menawarkan perkhidmatan penulisan kepada kedai-kedai online yang memerlukan kandungan untuk laman web mereka atau dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan penulisan.

Bisnes servis penulisan boleh menjadi satu bisnes yang menguntungkan jika dijalankan dengan betul. Anda boleh menambah pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan penulisan tambahan seperti menulis copywriting iklan, ebook atau menulis skrip video.

Selain itu, dengan menjaga kepuasan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, anda boleh menarik pelanggan yang setia dan menjadikan ia sebagai bisnes yang berjaya.

Untuk mengembangkan bisnes penulisan, anda perlu mengambil pekerja atau freelancer yang mampu menulis dengan baik.

13. Virtual Assistant

Untuk yang memiliki kemahiran dalam urusan pentadbiran atau perkhidmatan pelanggan dan ingin menjalankan bisnes dari rumah, anda boleh memulakan bisnes virtual assistant. Virtual assistant adalah seseorang yang menyediakan perkhidmatan urusan pentadbiran atau perkhidmatan pelanggan secara online kepada individu atau syarikat lain.

Untuk memulakan bisnes virtual assistant, anda perlu memastikan mempunyai kemahiran dalam urusan pentadbiran atau perkhidmatan pelanggan dan sesuai dengan tahap yang diperlukan oleh pelanggan. Seterusnya, anda perlu menyiapkan portfolio kemahiran untuk ditunjukkan kepada pelanggan bagi membuktikan kemampuan seseorang sebagai virtual assistant.

Bisnes virtual assistant boleh dijalankan dengan menggunakan platform seperti Upwork atau Fiverr untuk mencari pelanggan atau dengan mempromosikan perkhidmatan virtual assistant seseorang melalui media sosial atau laman sesawang. Anda juga boleh menjalankan bisnes virtual assistant dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan virtual assistant secara terus.

Antara perkhidmatan virtual assistant adalah seperti data entry, menguruskan blog atau laman web, menaip dan pelbagai lagi.

14. Alih Bahasa

Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam alih bahasa atau mempunyai pemahaman yang baik tentang dua atau lebih bahasa, ia adalah bisnes mudah untuk dimulakan. Anda boleh menyediakan perkhidmatan alih bahasa kepada individu atau syarikat yang memerlukan dokumen atau teks diterjemahkan ke dalam bahasa lain.

Untuk memulakan bisnes alih bahasa, anda perlu mahir dengan bahasa yang nak dialihkan. Sebaiknya, siapkan portfolio alih bahasa supaya mudah untuk ditunjukkan kepada pelanggan. Ini bagi membuktikan kemahiran alih bahasa yang anda miliki.

Anda boleh mencari pelanggan atau mempromosikan perkhidmatan alih bahasa menggunakan platform seperti Upwork atau Fiverr. Selain itu, promosi melalui media sosial atau laman sesawang.

Di samping itu, anda juga boleh menjalankan kerjasama dengan syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan alih bahasa secara terus.

15. Perkhidmatan perakaunan, percukaian atau simpan kira

bisnes tanpa modal

Servis simpan kira, percukaian atau perakaunan adalah satu idea bisnes mudah yang sesuai bagi yang mempunyai kemahiran dalam percukaian, perakaunan atau simpan kira. Anda boleh menawarkan perkhidmatan perakauna kepada individu atau syarikat.

Untuk mempromosikan servis, anda boleh menggunakan platform seperti Upwork, Fiverr, media sosial atau laman sesawang.

16. Youtube channel

Untuk memulakan Youtube channel, anda perlu menyiapkan kandungan yang berkualiti dan menarik bagi penonton. Sama ada kandungan berbentuk informasi ataupun hiburan. Selain menerima pendapatan dari Google Adsense, anda juga boleh buat duit dengan menjual produk atau perkhidmatan sendiri, mempromosi produk affiliate ataupun tajaan.

Sebelum channel mendatangkan hasil, anda perlu terus menambah konten yang berkualiti. Youtube bukanlah bisnes yang terus mendapat hasil dalam masa yang singkat. Akan tetapi ia mampu menjadi pasif income untuk anda dengan usaha yang gigih dan tidak berputus asa.

17. Bisnes Home Tuition

Sekiranya anda seorang yang berjaya dalam bidang akademik serta suka mengajar, anda boleh memulakan bisnes home tuition dengan menawarkan perkhidmatan mengajar kepada individu atau kelompok pelajar di rumah pelajar.

Jika anda bukan seorang guru sekolah, anda boleh mengkaji silibus yang diajar di sekolah melalui kedai buku ataupun online. Dengan itu, anda dapat memastikan subjek yang diajar selari dengan apa yang dipelajari oleh murid di sekolah.

Anda boleh mencari pelajar dengan mempromosikan perkhidmatan home tuition melalui media sosial atau laman sesawang.

Bisnes home tuition boleh menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan. Apa yang penting anda perlu menjaga kepuasan pelajar dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Lebih bagus jika pelajar yang diajar mampu memberikan keputusan yang cemerlang. Ia akan membuktikan kemampuan anda mengajar dengan baik dan mudah untuk mendapat pelanggan.

18. Buka kelas menjahit

Anda boleh mengadakan kelas ini di sekitar kawasan rumah anda, atau mungkin di sebuah studio yang disewa. Pelbagai kemahiran menjahit asas seperti baju melayu, baju kurung.

Atau, anda boleh mengkhususkan diri dalam mengajar cara menjahit baju kebaya yang popular di kalangan wanita Malaysia. Ini merupakan idea perniagaan yang baik untuk sesiapa yang memiliki kemahiran menjahit dan boleh mengajar orang lain.

Selain itu, anda juga boleh menjual alat menjahit dan bahan-bahan yang diperlukan sebagai tambahan kepada kelas menjahit yang anda adakan. Anda juga boleh mengadakan kursus secara online dan juga membuat rakaman kursus. Rakaman kursus akan mendatangkan hasil berkali-kali kerana boleh dijual selagi anda membuka jualan.

19. Jurulatih kecergasan

Menjadi coach fitness merujuk kepada seseorang yang mengajar kelas atau sesi latihan fizikal kepada orang lain, sama ada secara fizikal di studio atau kelas, atau secara dalam talian melalui video atau sesi latihan dalam talian.

Sebagai coach fitness, anda akan bertanggungjawab untuk merancang dan mengendalikan sesi latihan yang sesuai untuk pelanggan anda, sama ada secara individu atau dalam kelas yang lebih besar.

Anda akan membantu mereka mencapai matlamat latihan mereka, seperti menurunkan berat badan, meningkatkan kekuatan diri atau prestasi sukan.

Untuk menjadi coach fitness, anda perlu memiliki kemahiran latihan kecergasan yang baik dan mengikuti program latihan yang disahkan. Anda juga harus memahami kesihatan dan kecergasan secara umum, serta tahu untuk merancang latihan yang sesuai untuk pelanggan yang berbeza.

Kelas fitness boleh diadakan secara fizikal di studio atau dalam talian melalui platform seperti Zoom atau Skype.

Kemudahan mengadakan kelas dalam talian membolehkan anda mengajar kepada pelanggan dari mana-mana sahaja, tidak kira di mana mereka berada.

Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai peralatan yang diperlukan untuk mengadakan kelas dalam talian, seperti kamera, mikrofon, dan sambungan internet yang stabil.

20. Servis bina laman web

bisnes mudah untuk dimulakan

Servis bina laman web merujuk kepada perkhidmatan yang menyediakan bantuan kepada perniagaan atau individu untuk membina laman web yang profesional dan menarik.

Sebagai penyedia servis bina laman web, anda akan bertanggungjawab untuk membantu pelanggan anda merancang dan menyiapkan laman web yang sesuai dengan keperluan dan matlamat mereka.

Ini termasuk membantu merancang struktur laman web, memilih tema yang sesuai, menyiapkan kandungan laman web, dan memastikan bahawa laman web tersebut boleh diakses dengan lancar di pelbagai peranti seperti komputer, telefon bimbit, dan tablet.

Untuk menjadi penyedia servis bina laman web yang berjaya, anda perlu memiliki kemahiran teknikal yang baik dalam pembangunan laman web, serta mengikuti trend terkini dalam dunia pembangunan laman web.

Anda juga perlu memahami keperluan pelanggan anda dan dapat merancang laman web yang sesuai dengan matlamat perniagaan mereka. Dengan cara ini, anda akan dapat membantu perniagaan pelanggan anda mencapai matlamatnya.

Jangan lupa untuk terus belajar dan meningkatkan kemahiran anda, kerana dunia pembangunan laman web sentiasa berubah dan berkembang!

21. Blog

Memiliki blog sendiri merupakan bisnes mudah untuk dimulakan. Dengan adanya blog, anda boleh menjana pendapatan dengan menjual produk atau perkhidmatan sendiri. Selain itu, anda boleh mendapat income dari iklan, affiliate ataupun tajaan.

Untuk membina blog, anda perlu mendapatkan nama domain dan juga hosting. Setelah itu, mula menulis artikel untuk blog anda. Walaupun untuk menerima pendapatan dari blog mengambil masa dan usaha yang keras, ia amat berbaloi kerana akan memberikan anda pendapatan yang berterusan.

Similar Posts

Leave Comment