|

4 CARA MUDAH CARI PELANGGAN DI MEDIA SOSIAL

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

4 cara mudah cari pleanggan di media sosial

“Barang saya jual tak laku.”

Benarkah barang tak laku atau orang tak tahu kita ada jual barang tersebut?

Sejauh mana promosi atau iklan yang kita buat dan berapa ramai yang dah lihat iklan kita.

Contoh: Trivago, Shopee. 2 jenama ini dulu orang tak kenal pun.

Tapi atas promosi besar-besaran yang dibuat mereka, kini hampir satu Malaya mengenali brand mereka.

Kita yang bilis ni tak mampu nak buat iklan sebesar mereka hingga ke tv, radio.

Apa yang kita boleh buat adalah mencari targeted audience dan buat pengiklanan terus kepada mereka.

Jadi, di sini saya kongsikan 4 cara mudah cari pelanggan di media sosial.

Media sosial di sini saya cuma fokuskan kepada Facebook. Namun, anda boleh juga aplikasikan di Instagram, Twitter.

1) Fb profile > add friends kalau boleh cukupkan 5000.

👕Siapa yang kita nak add?

Seeloknya cari mereka yang ada potensi jadi customer kita. Jika kita jual barang baby, add mereka yang ada anak kecil.

Jika kita jual pada b2b, add follower Azizan Osman, Sifufbads, Irfan Khairi.

Bila dah ramai friends kita boleh buat fb live, share content, buat iklan. Sekarang zaman content.

2) Fb profile > viral content @ blue ocean strategy.

👕 Kita tarik ramai prospek dengan share content yang berkualiti dan viral. Strategi ini digunakan oleh kebanyakan influencer di media sosial.

Bila dah ramai pengikut barulah iklan kita ramai yang akan lihat dan beli.

3) Facebook ads.

Gunakan fb ads (pemasaran berbayar) untuk tarik audience yang targeted ke kolam kita.

Di mana kolam kita? Fb group yang kita jadi admin, fb messenger, blog, email list, fb profile minta follower untuk set “SEE FIRST”.

Pada mulanya kita perlu keluarkan duit untuk pemasaran berbayar. Tapi, duit yang kita keluar dan berjaya tarik leads masuk ke kolam kita tu amat berbaloi.

Sebabnya kita boleh menjual banyak kali kepada mereka yang ada dalam kolam kita tanpa perlu keluarkan duit lagi.

4) Fb Marketplace

Fb dah sediakan platform untuk kita menjual di marketplace. Secara personal, saya dah dapat sales beribu hanya dari fb marketplace. FREE marketing!

Cabaran menjual di marketplace adalah nak buatkan prospek percaya pada kita. Sebab mereka perlu bayar dulu dan barang akan dihantar kemudian.

Di sinilah pentingnya fb profile yang legit, yang orang boleh percaya. Letak gambar sendiri. Bukan gambar kartun. Siapa berani bagi duit pada kartun kan. 😄

Selain tu, boleh juga buat COD atau self pickup jika anda ada masa nak uruskan semua tu.

Jangan limitkan fikiran anda nak jual kat Shopee je. Shopee tu lubuk jual murah. Kalau suka bersaing dengan harga murah, bolehlah..

Dah tau murah kan, kita gunalah Shopee sebagai supplier. Take advantage dari situ. 😁

Cara Mana Paling Berkesan Cari Pelanggan?

Jawapan saya bergantung. Jika anda baru nak mula berniaga, anda tidak tau cara apa yang paling berkesan. Jadi, test dan test!

Bila dah test kesemua cara tu dan tau yang mana paling berkesan untuk bisnes anda, fokus kepada cara itu sahaja. Jika ramai dapat pelanggan targeted dengan Facebook Live, buatlah Facebook Live selalu.

Similar Posts

Leave Comment