|

19 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

Anda nak mulakan bisnes dari rumah? Tapi tak tahu bisnes apa yang sesuai dimulakan di rumah? Sebenarnya terdapat banyak jenis perniagaan yang menguntungkan yang boleh dimulakan dari rumah. Di sini saya sediakan idea bisnes kecil-kecilan yang bermula dari rumah.

Bisnes dari rumah sangat sesuai untuk mereka yang bergelar surirumah. Sambil menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga, anda mampu menjana pendapatan sendiri. Lebih menyeronokkan jika hasil pendapatan itu dapat dinikmati bersama keluarga.

Idea Bisnes Di Rumah

Berikut adalah idea bisnes dari rumah yang boleh anda mulakan.

1. Bisnes ebook

bisnes dari rumah

Bisnes ebook adalah satu bisnes yang menjual buku elektronik secara online. Ebook merupakan versi digital dari buku yang boleh dibaca pada peranti elektronik seperti telefon bimbit, tablet, atau komputer.

Bisnes ebook merupakan bisnes tanpa modal dan pilihan yang sesuai bagi mereka yang suka menulis dan mempunyai idea untuk menulis buku. Boleh dilakukan oleh surirumah, pelajar atau sesiapa saja yang inginkan pendapatan tambahan.

Untuk memulakan bisnes ebook, anda perlu mencipta kandungan yang berkualiti dan menarik untuk dibaca. Anda boleh menulis sendiri atau meminta bantuan penulis lain untuk menulis ebook bagi anda.

Selain itu, anda perlu menentukan platform yang sesuai untuk menjual ebook anda. Platform seperti Amazon atau Apple Books merupakan pilihan yang popular untuk menjual ebook. Anda juga boleh menjual ebook di website sendiri.

Bisnes ebook juga memerlukan anda untuk mengiklankan ebook anda kepada pembaca yang sesuai. Promosi boleh menggunakan laman sosial, blog, atau platform pemasaran online untuk mengiklankan ebook anda.

Pelajari kaedah pemasaran digital supaya mudah untuk anda menjual ebook.

Anda juga perlu menentukan harga yang sesuai untuk ebook anda dan memastikan anda mengikuti peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh platform yang anda gunakan.

Bisnes ebook merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang suka menulis dan mempunyai idea untuk mencipta kandungan yang berkualiti. Dengan menjalankan bisnes ebook di rumah, masa bekerja lebih fleksibel serta tidak perlu menyewa pejabat.

2. Menawarkan servis online

Ada pelbagai servis yang boleh anda tawarkan secara online. Akan tetapi, anda perlu sanggup mengorbankan masa untuk melakukan bisnes jenis perkhidmatan. Jika anda sanggup menawarkan masa dengan memberikan servis, ia adalah perniagaan yang menguntungkan.

Antara contoh servis online yang boleh anda tawarkan dari rumah adalah seperti berikut:-

  • Penulisan (artikel, konten, skrip Youtube, ebook, buku, tesis dan lain-lain)
  • Pereka grafik (logo, banner, rekaan website)
  • Konsultan (bergantung kepada kepakaran yang anda miliki)
  • Servis simpan kira (untuk akauntan atau mereka yang pernah bekerja sebagai penyimpan kira)
  • Pengurus media sosial (perlu rajin mengemas kini media sosial pelanggan dan update dengan perkembangan setiap platform media sosial)
  • Pembantu online (menyiapkan tugasan yang diberikan pelanggan seperti key-in data, siarkan artikel blog, edit dokumen, jawab email dan pelbagai lagi)

3. Bisnes dropship

Perniagaan dropship adalah satu idea bisnes yang menjual produk dari pengilang atau penjual kepada pelanggan tanpa perlu menyimpan stok produk di rumah. Bisnes dropship menggunakan sistem penghantaran langsung dari pengilang ke pelanggan, sehingga anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyimpan stok produk di rumah.

Untuk memulakan bisnes dropship, anda perlu mencari pengilang atau penjual yang menawarkan produk yang anda ingin jual. Anda boleh menggunakan platform seperti Shopee atau Lazada untuk mencari pembekal yang sesuai.

Setelah anda menemui pembekal, anda perlu memohon untuk menjadi dropship bagi produk mereka.

Setelah anda memohon dan disahkan sebagai dropship, anda boleh mula menjual produk yang ditawarkan oleh pengilang atau penjual tersebut. Anda boleh menjual produk di laman sosial, platform jual beli online, atau mencipta laman web sendiri untuk menjual produk. Harga juga anda boleh tetapkan sendiri dengan harga jualan yang lebih tinggi dari yang anda beli dari pembekal.

Apabila pelanggan membuat pembelian, anda hanya perlu meminta pembekal untuk menghantar produk ke alamat pelanggan. Beza antara harga yang diberikan pembekal kepada anda dengan harga jualan adalah untung kasar yang anda terima.

Bisnes dropship merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak modal untuk memulakan bisnes kerana anda tidak perlu mengeluarkan kos untuk menyimpan stok produk di rumah.

4. Bisnes affiliate

Bisnes affiliate adalah satu idea bisnes yang mengiklankan produk atau perkhidmatan orang lain dan mendapat komisen atas jualan yang dihasilkan.Ia boleh dilakukan di rumah dan merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang suka mengiklankan produk dan mempunyai kemahiran dalam pemasaran.

Untuk memulakan bisnes affiliate marketing, anda perlu mencari syarikat atau penjual yang menawarkan program affiliate. Anda boleh mencari program affiliate di platform seperti Shopee, Lazada, Accesstrade, Involve Asia, Klikjer, Commission Junction, Amazon Associates, atau Clickbank.

Setelah anda menemui program affiliate yang sesuai, anda perlu memohon untuk menjadi affiliate untuk produk mereka.

Setelah anda diteriam dan disahkan sebagai affiliate, anda boleh mula mengiklankan produk yang ditawarkan oleh syarikat atau penjual tersebut. Anda boleh mengiklankan produk di laman sosial, blog, atau menggunakan iklan berbayar untuk menarik pelanggan.

Lagi ramai pelanggan yang anda bawa dan membuat pembelian dari link affiliate anda, lagi banyak komisen yang anda terima.

5. Perkhidmatan penjagaan bayi & kanak-kanak

Perniagaan menjaga bayi atau babysitter adalah satu idea perniagaan yang menyediakan perkhidmatan menjaga bayi bagi ibu bapa yang bekerja. Ia boleh dimulakan di rumah sendiri dan merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang suka menjaga bayi dan mempunyai kemahiran dalam penjagaan bayi.

Untuk memulakan perniagaan menjaga bayi, anda perlu memastikan anda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjaga bayi. Anda perlu memahami bagaimana untuk menjaga bayi, memberikan makanan, dan memastikan keselamatan bayi sentiasa terjaga.

Anda juga perlu memastikan anda mempunyai tempat yang sesuai untuk meletakkan bayi serta memastikan kebersihan dan keselamatan di rumah.

Setelah anda siap untuk menjalankan perniagaan ini, anda perlu mencari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan menjaga bayi. Anda boleh menggunakan laman sosial, platform jual beli online, atau beriklan di group Whatsapp.

Selain itu, anda perlu menentukan harga yang sesuai untuk perkhidmatan ini. Di bandar besar, upah menjaga seorang bayi biasanya RM450 untuk 8 jam. Tambahan harga mengikut jam bergantung kepada pengasuh.

Perniagaan menjaga bayi merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang suka kanak-kanak dan mempunyai kemahiran dalam penjagaan bayi.

Pastikan anda memahami keperluan bayi dan mengikuti peraturan dan garis panduan yang ditetapkan serta memastikan kebersihan dan keselamatan di rumah sebelum menjalankan perniagaan menjaga bayi.

6. Perniagaan Makanan

bisnes dari rumah

Perniagaan makanan boleh dilakukan di rumah dan merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang suka memasak dan mempunyai kemahiran memasak makanan yang sedap.

Untuk memulakan perniagaan makanan, anda perlu memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti dan bersih. Peralatan dan persekitaran yang bersih adalah penting untuk melakukan bisnes makanan supaya makanan yang dimasak tidak rosak.

Anda juga boleh mulakan bisnes makanan yang menguntungkan seperti menjual sandwich, air balang, katering, burger dan bakeri.

7. Perkhidmatan jahitan

Anda boleh menyediakan perkhidmatan jahitan di rumah seperti memperbaiki pakaian yang rosak atau menjahit baju baru. Untuk memulakan bisnes jahitan, anda perlu memastikan anda mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menjahit.

Anda perlu memahami bagaimana untuk menjahit baju, tudung, atau barangan lain yang dikehendaki oleh pelanggan. Selain itu, anda juga perlu memastikan anda mempunyai peralatan dan persekitaran yang sesuai untuk menjahit.

Ia merupakan perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pelanggan. Dengan upah menjahit yang semakin meningkat, jika anda sanggup meluangkan masa untuk menjahit baju, ia adalah satu bisnes yang memberikan pulangan yang lumayan.

8. Servis voiceover

bisnes di rumah

Voiceover telah menjadi lebih mudah dengan kemunculan teknologi digital, membolehkan sesiapa sahaja memulakan perniagaan yang berjaya dari rumah. Voiceover ialah proses mengambil rakaman audio dari skrip yang telah disediakan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan mikrofon yang berkualiti serta perisian rakaman suara seperti Audacity.

Sama ada anda ingin memulakan perniagaan ini sepenuh masa atau hanya ingin menjana wang tambahan secara sampingan, terdapat banyak peluang di luar sana untuk anda. Dengan komputer dan perisian asas, anda boleh mula segera dalam bidang yang menarik ini! Dan jika anda ingin meluaskan jangkauan anda, tentukan strategi penjenamaan dan pemasaran anda.

9. Menyediakan perkhidmatan membuat video

Anda boleh menyediakan perkhidmatan membuat video di rumah untuk YouTuber. Ramai yang memerlukan perkhidmatan edit video bagi memudahkan mereka menerbitkan video di Youtube.

Jika anda pandai edit atau buat video, boleh tawarkan servis ini di platform seperti Fiverr, Upwork atau Freelancer.

10. Mengajar kelas online

Anda boleh mengajar kelas online seperti mengajar mengaji atau bahasa dari rumah. Contohnya mengajar Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan bahasa lain yang anda mahir.

Kelas boleh dibuat menggunakan platform seperti Zoom atau Webinar.

11. Jual barang

Anda boleh menjual produk di media sosial, kedai e-commerce ataupun marketplace seperti Shopee, Lazada, Mudah.my, Carousell, Facebook Marketplace. Jika anda tidak memiliki produk sendiri, anda boleh dapatkan produk secara borong dari China.

Selain produk baru, anda juga boleh jual barang second hand. Cari saja barang yang tidak digunakan lagi di rumah. Kemudian, senaraikan barang tersebut di marketplace.

Lebih mudah sekiranya anda memiliki laman web sendiri yang menjual produk anda. Semuanya berada di bawah kawalan anda sendiri. Anda boleh membina laman web jualan menggunakan platform Shopify agar kedai e-commerce anda siap dengan pantas dan teratur.

12. Memulakan blog

bisnes dari rumah

Walaupun anda tidak akan menerima pendapatan dalam masa yang singkat, tetapi blog mampu menjana pendapatan pasif jika dilakukan dengan betul. Anda perlu bersabar jika ingin buat duit dengan blog.

Dengan perancangan dan konsisten, anda boleh membina blog yang akan dilawati ramai orang. Setelah blog dapat trafik yang tinggi, anda boleh buat duit dengan pelbagai cara antaranya pengiklanan, affiliate dan juga tajaan.

Berikut adalah beberapa petua untuk bermula dengan blog.

Pertama, adalah penting untuk menentukan tujuan dan matlamat blog anda dengan jelas; ini akan membantu anda kekal fokus semasa anda membangunkan kandungan.

Selain itu, luangkan masa untuk mempelajari asas blog seperti SEO dan reka bentuk laman web supaya blog anda kelihatan profesional dan menarik minat pembaca.

Yang paling penting adalah menghasilkan kandungan menarik untuk membuatkan pembaca kembali lagi dan lagi. Ini termasuk menulis tajuk yang mampu menarik perhatian pembaca untuk klik artikel anda.

13. Print-on-demand

Perniagaan yang popular di luar negara ini sangat mudah untuk dimulakan. Jika anda seorang yang kreatif dalam rekaan, anda boleh mencipta rekaan untuk dicetak pada t-shirt, mug, bantal dan barangan lain.

Anda hanya perlu memberikan rekaan anda kepada kilang pencetak dan mereka akan membuat cetakan serta menguruskan penghantaran barang. Kilang pencetak ini biasanya tidak mengehadkan kuantiti barang yang perlu ditempah.

Apa yang penting, anda perlu lakukan promosi untuk produk dan rekaan anda. Gunakan platform seperti Etsy untuk mengiklankan produk anda. Jika ada pembeli, anda terus tempahan dari pencetak. Bagi perniagaan print on-demand, sebaiknya fokus kepada pasaran luar negara supaya mudah untuk anda cari pencetak yang boleh dipercayai.

Yang menariknya, perniagaan ini anda boleh mulakan dengan modal yang kecil serta mampu menjana untung lumayan.

14. Menjaga haiwan peliharaan

Sekiranya rumah anda mempunyai ruang untuk menyimpan kucing, anda boleh memberikan servis penjagaan kucing. Perkhidmatan hotel kucing ini menempatkan sementara kucing jika tuannya tiada di rumah.

Anda perlu mengenakan caj pengurusan kucing yang berpatutan serta boleh menambah servis lain seperti pet grooming. Perniagaan ini sesuai dimulakan oleh mereka yang meminati kucing.

15. Hadiah

Ramai yang tidak sempat membeli hadiah untuk orang tersayang bila tiba hari jadi ataupun hari anniversary. Untuk memudahkan urusan orang lain, tugas anda adalah menyediakan hadiah bagi pelanggan.

Anda boleh sediakan bakul buah, hadiah dalam kotak, bouquet bunga, bouquet coklat atau bouquet duit. Lagi menarik, tawarkan penghantaran pada hari yang sama. Pelanggan tentu suka dengan servis anda yang pantas.

Untuk membuatkan perniagaan anda dikenali, pilih satu jenama yang mudah diingati. Laman web dan media sosial adalah medium penting untuk mempromosikan perniagaan anda.

16. Influencer/Pembina Konten

Menjadi influencer membolehkan anda menjual produk atau perkhidmatan dengan lebih mudah kerana telah dikenali ramai. Untuk menceburkan diri sebagai influencer, anda perlu membina pengikut.

Cipta konten yang disukai ramai, berfaedah dan konsisten. Lama kelamaan Facebook, Instagram, Tik Tok, atau Youtube anda akan mempunyai ramai pengikut. Namun, membina pengikut akan mengambil masa berbulan atau bertahun lamanya. Anda perlu sabar dan konsisten dalam menyediakan konten.

17. Perkhidmatan urutan

Anda mempunyai kemahiran mengurut? Boleh jadikan kemahiran itu sebagai sumber kewangan. Sediakan perkhidmatan mengurut di kawasan anda. Pelanggan boleh datang ke rumah anda untuk dapatkan urutan.

Sebagai tambahan boleh sediakan perkhidmatan sauna di rumah. Pastikan rumah anda mempunyai bilik khas untuk memberikan perkhidmatan ini. Persekitaran rumah juga perlu bersih agar pelanggan berasa selesa.

18. Bina perisian atau aplikasi

Jika anda memiliki kepakaran untuk membina software atau aplikasi, anda boleh jadikan ia bisnes dari rumah. Anda hanya perlukan komputer serta sambungan internet.

Bisnes modal kecil ini hanya memerlukan kepakaran anda dan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Anda juga boleh mengupah orang lain yang pakar dalam mencipta software dan menjual semula software tersebut kepada pelanggan yang berminat.

19. Perkhidmatan bina laman web

Dengan pertambahan jumlah perniagaan, permintaan terhadap pembinaan laman web juga meningkat. Ini kerana ia penting bagi usahawan untuk memastikan perniagaan mereka dikenali ramai.

Sekiranya anda mahir dalam membina website, anda boleh mengambil upah bina laman web. Apa yang anda perlu adalah komputer, sambungan internet, rekaan yang kreatif serta masa dan tenaga.

Anda boleh mengembangkan perniagaan ini dengan mengambil pekerja mahir yang boleh membantu membina laman web untuk pelanggan anda.

Akhir Kata

Terdapat banyak bisnes dari rumah yang boleh anda mulakan. Untuk permulaan, pilih bisnes modal kecil dan sesuai dengan minat serta diri anda. Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda mendapat idea perniagaan untuk dimulakan. Setelah dapat idea, mulakan dengan tindakan. Ia akan menentukan kejayaan anda hari esok.

Similar Posts

Leave Comment