|

11 Cara Tingkatkan Jualan Dengan Strategi Pemasaran Perniagaan Tanpa Modal

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

Setiap bisnes pasti perlukan pelanggan untuk buat jualan. Nak dapatkan pelanggan di sinilah pentingnya pemasaran. Tiada pemasaran maka tiadalah pelanggan yang datang ke kedai anda sebab macam mana orang nak tahu perniagaan anda wujud kalau tidak diiklankan. Anda boleh guna strategi pemasaran perniagaan berbayar atau pemasaran tanpa modal.

Ramai usahawan yang mengeluh susah nak dapatkan pelanggan sebab tak cukup bajet nak buat iklan. Ada yang menganggap perlukan duit yang banyak untuk iklankan produk dan servis. Kos nak jalankan iklan FB Ads pun semakin tinggi sekarang. Pulangan pula belum tentu lagi.

Jadi macam mana nak tingkatkan jualan dengan modal yang kecil atau tanpa modal terutama untuk peniaga kecil dan sederhana? Jangan risau, bagi anda yang kekurangan modal, pemasaran masih boleh dijalankan dengan strategi pemasaran tanpa modal.

Dalam artikel ini saya kongsikan cara tingkatkan jualan dengan strategi pemasaran perniagaan tanpa modal. Bahasa omputihnya ‘free cost marketing’.

11 Cara Tingkatkan Jualan Dengan Strategi Pemasaran Perniagaan Tanpa Modal

1. Facebook Profil / Facebook Page

 Strategi Pemasaran Perniagaan
Strategi Pemasaran Perniagaan

Facebook sememangnya sangat penting bagi peniaga. Di sinilah anda boleh bina jenama anda, buat orang kenal siapa anda, percaya dengan anda. Untuk itu, profil Facebook anda perlulah tersusun dan lengkap dengan maklumat diri dan bisnes.

Bila orang masuk ke profil atau page anda, mereka dah tahu siapa anda. Semua ini penting untuk bina kepercayaan bakal pelanggan sebab zaman sekarang ni ramai scammer yang suka ambil kesempatan terhadap orang lain.

Untuk berniaga di profil anda perlu selalu update tentang diri, perkara berkaitan niche bisnes, perkara yang orang ramai suka seperti resipi dan juga buat posting menjual.

Untuk di Facebook page, update berkisar niche bisnes anda. Konsisten buat setiap hari 4 hingga 6 kali. Tak cukup masa nak update page? Serahkan pada social media manager atau cari sahaja penulis konten untuk tuliskan posting. Tapi anda perlu laburkan sikit wang untuk mengupah mereka.

Selain itu, anda boleh buat Facebook Live di page atau profil untuk kongsi dengan follower anda update tentang bisnes, buat sale, tips atau apa saja yang berkaitan dengan bisnes anda. 

2. Facebook Group

Untuk beriklan di Facebook Group anda kena join dulu group tu. Tapi kena tengok syarat group tu dulu. Ada group yang berjuta follower mengenakan bayaran untuk beriklan.

Sebagai permulaan, pilihlah group yang tak mengenakan bayaran untuk beriklan.  Bila dah diterima sebagai ahli dalam group baru anda boleh beriklan.

Bagi membuatkan iklan anda berkesan, anda perlu kerap siarkan iklan di group. Posting perlulah ada jarak masa dan bukan dalam waktu yang singkat untuk elakkan Facebook membekukan akaun anda. Contohnya post pagi, tengahari, petang dan malam.

Selain itu, anda boleh wujudkan group anda sendiri dengan mengajak mereka yang berpotensi sebagai pelanggan untuk sertai. Lagi ramai ahli group lagi tinggi potensi untuk anda menjual.

Nak ajak orang sertai group ni anda boleh hebahkan yang anda bakal share sesuatu yang bernilai dalam group tu. Contohnya siapa nak belajar teknik tingkatkan jualan dengan sales funnel boleh join group ini. Lihat link di komen.

Tetapkan syarat dalam group itu supaya ahli group tak suka hati spam iklan mereka. Untuk lebih efektif, mulakan dengan berkongsi perkara yang berfaedah kepada ahli group. Buat Live ke, contest ke. Banyakkan interaksi dengan ahli group supaya bila anda buat posting, post itu akan keluar pada newsfeed mereka.

Bila ahli group dah mula kenal dan percaya anda, maka mudahlah untuk mereka membeli.

3. Facebook Marketplace

 Strategi Pemasaran Perniagaan

Marketplace memang tempat Facebook sediakan untuk beriklan terutamanya untuk produk fizikal. Apa yang best tentang marketplace anda boleh iklankan produk anda pada penduduk setempat.

Katakan anda jual mee bandung Muar siap penghantaran. Anda boleh setkan iklan anda di kawasan rumah anda tu. Jadi iklan nanti akan keluar di Facebook Marketplace mereka yang berada di kawasan tu juga.

Kalau ada orang nak beli mereka akan terus mesej Facebook Messenger anda. Ha, kena selalu alert dengan Fb Messenger! Jangan dah berhari baru nak tengok. Patah selera orang nak beli.

Senang kan bila tahu strategi pemasaran perniagaan tanpa modal ni.

4. Carousell

 Strategi Pemasaran Perniagaan
Sumber: Google

Platform pengiklanan seterusnya adalah Carousell. Sama macam Shopee, 11 Street, Carousell bolehkan anda iklankan produk dengan percuma. Anda boleh upload seberapa banyak produk di akaun anda. Boleh jual barang second hand juga.

5. Instagram

 Strategi Pemasaran Perniagaan

Seperti mana Facebook, Instagram ada penggunanya sendiri. Jika audien yang anda target adalah mereka yang selalu ada kat Instagram, maka jangan tinggalkan Insta untuk naikkan bisnes.

Selalu update profil, ig tv, ig story dengan perkembangan diri, bisnes dan share perkara berkaitan niche. Sentiasa ingat, media social tempat orang bersosial. Mereka muak jika profil anda asyik menjual saja.

6. Youtube

 Strategi Pemasaran Perniagaan

Pada masa kini makin ramai orang suka menonton video. Untuk strategi pemasaran perniagaan tanpa modal di Youtube, anda perlu ada sedikit kreativiti untuk buat video konten yang menarik.

Tidak semestinya perlu tonjolkan diri di Youtube. Boleh saja buat video yang tak tunjuk muka. Anda kena kreatif fikirkan apa yang nak disampaikan pada penonton.

Apa yang best, strategi Youtube ini boleh hasilkan pendapatan pasif untuk bisnes anda. Sekali upload video, ia akan kekal di Youtube selagi Youtube atau anda sendiri tak buang video tu.

Macam mana nak iklan di Youtube? Kongsikan link produk atau macam mana nak hubungi anda di bahagian ‘description’, Dalam video kongsikan perkara berkaitan dengan produk anda.

Contoh, anda buat servis aircond. Tunjukkan video cara mudah bersihkan aircond sendiri. Dalam description kongsikan link website atau whatsapp anda.

Takut tergagap dalam video? Sediakan skrip supaya mudah untuk anda baca semasa rakam video. Nak tulis skrip ini boleh dapatkan bantuan penulis konten. Anda cuma kongsikan apa isi penting yang nak cakap, penulis konten akan tulis dengan ayat yang lebih tersusun.

7. 11 Street

 Strategi Pemasaran Perniagaan
Sumber: Google

Seperti Carousell, platform ini menawarkan peniaga untuk beriklan secara percuma. Untuk pengetahuan anda, setiap platform ini ada pengguna mereka.

Jangan ingat pembeli hanya ada di Shopee dan Lazada saja.

8. Mudah.my

 Strategi Pemasaran Perniagaan
Sumber: Google

Mudah.my sememangnya platform yang popular suatu masa dulu sebelum hadirnya Shopee. Namun kini platform ni masih lagi ada pengguna tersendiri seperti mereka yang mencari rumah, kereta, servis, barang terpakai.

Jika bisnes anda dalam kategori yang saya nyatakan di atas, jangan terlepas dari beriklan di mudah. Tapi iklan di mudah hanya benarkan beberapa iklan saja secara percuma, lepas tu kena bayar dengan kadar bayaran mengikut kategori iklan.

9. Shopee

mber: Google

Platform beli belah yang terkenal di masa kini menawarkan peniaga untuk beriklan dengan percuma. Anda boleh upload seberapa banyak produk dan isikan maklumat yang diperlukan.

Kelebihan berniaga di Shopee berbanding platform seperti mudah.my adalah kepercayaan pelanggan telah dijamin oleh Shopee.

Ini kerana, duit yang dibayar oleh pelanggan akan dipegang pihak Shopee dan hanya akan dapat pada peniaga setelah pelanggan mengesahkan penerimaan barang. Ini dapat mengelakkan pelanggan dari ditipu peniaga.

Jadi, sebagai peniaga anda perlu pos barang dulu sebelum terima duit.

10. Lazada

Tak banyak beza Lazada dan Shopee, Cuma bagi saya nak mula beriklan di Lazada terlalu banyak maklumat yang perlu diisi. Agak melecehkan berbanding di Shopee.

Peniaga boleh beriklan secara percuma dan perlu menghantar barang melalui kurier yang ditetapkan Lazada.

11. Search Engine Optimization (SEO)

SEO adalah teknik yang digunakan supaya website anda berada di muka hadapan Google.

Website yang berada di muka hadapan Google memudahkan pelanggan untuk menjumpai bisnes anda. Strategi pemasaran perniagaan tanpa modal ini adalah strategi jangka masa panjang dan boleh menjana pendapatan secara pasif.

Untuk aplikasikan strategi ini anda perlukan ilmu tentang SEO. Anda boleh belajar tentang SEO dari Youtube atau cari guru yang mahir seperti Irfan Khairi.

Sudah Bersediakah Anda Untuk Menjalankan Strategi Pemasaran Perniagaan Tanpa Modal

Kini anda dah tahu 11 strategi pemasaran perniagaan tanpa modal. Tiada lagi alasan untuk tak buat iklan. Anda hanya pilih strategi mana yang sesuai dengan audien anda dan buat iklan di platform mana mereka berada.

Strategi yang dinyatakan di atas memerlukan usaha dari segi masa dan tenaga. Jika bisnes anda dah mula berkembang nanti boleh buat pemasaran dengan kaedah berbayar seperti Facebook Ads, Tiktok Ads dan Google Ads untuk merancakkan lagi jualan.

Dari kesemua strategi di atas yang mana satu anda paling suka? Sila kongsikan di komen.

Tekan share untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini kepada rakan yang memerlukan.

Similar Posts

Leave Comment