|

7 TIPS MEMBUAT JUALAN 6 ANGKA DENGAN SISTEM EJEN YANG BERKESAN

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

sistem ejen yang berkesan

Salah satu cara untuk meningkatkan jualan adalah dengan memiliki rangkaian ejen yang ramai. Ejen ini yang akan bertindak memasarkan dan membuat jualan untuk produk atau servis anda. Sebab itu penting untuk anda tahu bagaimana membina sistem ejen yang berkesan.

Ejen produk ramai pun tidak berguna sekiranya anda tidak pandai menguruskan ejen di bawah anda.

Rugilah bila ejen jualan dah ramai tapi pengurusan pula kucar kacir. Ejen pun lari ke tempat lain.

Dalam artikel ini saya kongsikan tips membina sistem ejen.

sistem ejen yang berkesan

7 TIPS MEMBINA SISTEM EJEN YANG BERKESAN

1. Tetapkan Peraturan

Jika anda nak bina sistem ejen, perkara pertama yang anda perlu tetapkan adalah peraturan. Nyatakan dengan jelas kepada setiap ejen jualan apa perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat.

Sebagai contoh, ejen dropship dan stokis tidak dibenarkan untuk main harga. Setiap ejen perlu mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pemilik bisnes.

Anda juga hendaklah menetapkan peraturan untuk ejen mempromosi produk supaya ejen tidak menggunakan kaedah promosi yang salah sehingga mencalarkan imej produk dan syarikat.

2. Berikan Ganjaran

Ganjaran merupakan salah satu aspek penting dalam membina sistem ejen yang berkesan. Sudah tentu ejen anda gembira jika diberikan ganjaran sebagai pengiktirafan pencapaian mereka.

Ganjaran ini akan buatkan mereka lebih bersemangat untuk mencapai target yang anda tetapkan setiap bulan.

Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti pakej percutian, barang kemas, dinner di hotel bersama pemilik bisnes, dan lain-lain.

3. Pengurusan Ejen Yang Sistematik

Pengurusan ejen amat penting jika anda ingin memiliki ejen yang di bawah anda. Sistem ejen yang tidak sistematik membuatkan ada ejen yang tertinggal untuk dipantau atau diberikan bimbingan.

Sebagai pemilik bisnes anda boleh memilih untuk hanya berurusan dengan stokis sahaja.

Maksud stokis adalah wakil jualan yang dilantik ibu pejabat di setiap negeri atau daerah. Stokis biasanya perlu mengeluarkan modal yang besar dan dibenarkan melantik ejen di bawahnya.

Ejen jualan lain seperti ejen dropship akan diuruskan oleh stokis masing-masing. Namun anda perlu pastikan setiap stokis mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat.

4. Sediakan Bahan Pemasaran

Selain itu, bagi membina sistem ejen yang berkesan anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang secukupnya untuk kegunaan ejen jualan.

Untuk itu, anda perlu sediakan copywriting, info produk, website atau landing page, gambar, video yang berkualiti, dan skrip close sale supaya mudah ejen membuat kempen pemasaran.

Sebagai pemilik bisnes anda tentunya lebih memahami produk anda sendiri. Jadi lebih mudah untuk anda sediakan bahan pemasaran yang mampu menjentik emosi pelanggan.

Dengan penyediaan semua bahan berkaitan produk, ejen tidak lagi terkial-kial nak menjawab soalan dari pelanggan.

Pihak ibu pejabat juga seharusnya membuat kempen pemasaran produk secara besar-besaran supaya pelanggan sudah tahu kehadiran produk anda di pasaran.

Tugas ejen akan jadi lebih mudah dengan hanya mencari mereka yang memerlukan produk anda.

Artikel berkaitan: 11 Cara Tingkatkan Jualan Dengan Strategi Pemasaran Tanpa Modal

5.Berikan Bimbingan dan Sokongan

Sistem ejen yang berkesan terbina dengan bimbingan dari pemilik bisnes atau stokis. Adalah amat penting untuk melatih setiap ejen tentang pemasaran dan juga jualan.

Anda boleh adakan kelas berkongsi ilmu di Facebook Live atau Zoom pada setiap minggu. Tanya ejen jualan apa masalah mereka ketika membuat jualan dan apa yang mereka nak belajar.

Sebagai pemilik bisnes atau stokis, anda perlu sentiasa upgrade ilmu terutama tentang pemasaran.

Berikan sokongan sekiranya ejen ada inisiatif sendiri untuk mencari ilmu tentang pemasaran dan jualan.

Anda juga boleh berikan tiket kelas percuma kepada ejen yang berminat untuk tambah ilmu tentang perniagaan.

6. Tetapkan Sasaran Jualan Setiap Bulan

Bagi membina sistem ejen yang berkesan, anda perlu menetapkan sasaran jualan yang perlu dicapai ejen pada setiap bulan. Sasaran jualan atau Key Performance Indicator (KPI) perlu jelas dan difahami setiap ejen.

Jika ejen tidak dapat mencapai sasaran, anda boleh memberi bimbingan khas kepada mereka.

Anda juga boleh menamatkan keahlian ejen yang tidak aktif supaya tidak membuang masa anda memberi perhatian kepada mereka.

Sistem ejen yang berkesan memiliki ramai ejen aktif yang mampu membawa ratusan ribu atau jutaan ringgit setiap bulan kepada syarikat.

7. Matlamat Syarikat Yang Jelas

Dalam membina sistem ejen yang berkesan, setiap ejen perlu memahami misi dan visi syarikat. Matlamat syarikat perlu jelas supaya ejen rasa bisnes anda boleh membantu mengubah kehidupan mereka.

Ejen sama seperti pekerja. Mereka inginkan sebuah syarikat yang mempunyai hala tuju yang jelas dan stabil untuk masa depan yang terjamin.

Tugas anda sebagai pemilik perniagaan menetapkan matlamat yang besar untuk syarikat berkembang maju.

Anda juga perlu memastikan hala tuju syarikat ini dapat dicapai dengan pengurusan sistem ejen yang berkesan.

Penutup

Semoga tips ini dapat membantu anda membina sistem ejen yang berkesan. Raikan ejen anda sebagai sebuah keluarga besar yang bersama untuk mencapai satu matlamat.

Sebenarnya banyak lagi yang perlu anda tahu untuk membina sistem ejen yang berkesan. Antaranya seperti pembahagian komisyen, struktur sistem ejen, lubuk nak cari ejen, cara nak letak target yang perlu dicapai ejen.

Semua ini ada diterangkan dengan lengkap dalam Formula Sistem Ejen.

Similar Posts

Leave Comment