|

INI YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM DAPATKAN BUKU TERBARU 9 DARI 10 IRFAN KHAIRI

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

9 dari 10 irfan khairi

Tajuk eBook: 9/10 Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur. Penulis Buku: Irfan Khairi Muka Surat: 254

Buku sebanyak 254 muka surat ini adalah buku tulisan ke-8 jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi. Apa yang menarik tentang buku Irfan Khairi ini, ia mengisahkan kisah benar pengalaman Irfan Khairi membangunkan perniagaan beliau dari zero ke hero.

Antara isi kandungan dalam buku 9 dari 10 Irfan Khairi.

9 dari 10 irfan khairi

Kisah Irfan Khairi dalam buku 9 dari 10 ini bukan hanya kisah indah tentang kejayaan, tapi juga kisah pahit kegagalan. Sebagai usahawan, kegagalan membuatkan seseorang ingin lebih berusaha untuk buktikan kejayaan.

Selain mendapat motivasi dan inspirasi dari buku beliau 9 dari 10, banyak juga teknik dan strategi perniagaan yang dikongsikan beliau dalam buku ini. Apabila mula membaca dari muka surat 1, keinginan saya terus membuak-buka untuk saya teruskan ke pembacaan seterusnya sehingga habis. Terlalu banyak yang dikongsikan yang boleh diaplikasikan oleh saya sebagai usahawan kecil-kecilan yang bermula dari rumah.

Sesiapa yang biasa mendengar Facebook Live dari Irfan Khairi pasti sudah biasa mendengar gaya percakapan beliau. Membaca tulisan beliau di buku 9 dari 10 seperti mendengar beliau bercakap. Terasa dekat dengan diri ini.

Bab pertama Solopreneur Menjalankan Perniagaan Online, banyak mengisahkan permulaan perjalanan perniagaan beliau. Big Why dalam menjalankan perniagaan. Kenapa usahawan perlu ada Big Why dalam berniaga.

Menurut beliau, lagi BESAR MATLAMAT lagi bagus! Sebab, jika kita sudah berusaha tetapi kita tidak mencapai matlamat yang besar tersebut, kita masih mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sebagai contoh, kita berusaha keras untuk mendapatkan RM1 juta pertama dalam masa setahun. Namun, tiada rezeki untuk dapat RM1 juta. Tetapi, atas usaha keras itu kita mampu mencapai RM600,000. Tidakkah ia sesuatu yang hebat serta membanggakan?

Berbanding matlamat kita nak dapatkan RM10,000. Usaha punya usaha, hanya RM6,000 yang mampu kita capai. Dengan hanya mengubah MINDSET dengan matlamat yang lebih tinggi, ia akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk berusaha lebih keras lagi.

Matlamat yang besar akan buatkan kita lebih bersemangat dan bermotivasi untuk berusaha lebih besar dan kuat! Matlamat yang besar juga akan berikan kita pulangan yang besar!

Itulah pentingnya BIG Why menurut Irfan Khairi. Membaca part BIG Why ini saja buatkan saya berfikir semula tentang BIG Why diri sendiri.

Irfan Khairi turut mendedahkan diri beliau asalnya adalah seorang yang introvert, pendiam dan pemalu. Berhadapan dengan orang ramai bukanlah sesuatu kesukaan beliau. Sebab itulah beliau memilih perniagaan secara online.

Akan tetapi, dengan BIG Why yang besar, seorang yang introvert itu kini mampu melebarkan sayap perniagaan sehingga ke bumi Dubai. Bukan hanya dikenali di Malaysia sebagai jutawan internet pertama tetapi juga dikenali di bumi Dubai dan pentas antrabangsa.

Irfan Khairi sebelum bergelar seorang jutawan pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasaraya selama 2 tahun untuk kumpul wang saku tambahan. Beliau bermula dari bawah dan berusaha keras sendiri sehingga berjaya. Wang hasil bekerja 2 tahun itu digunakan untuk membeli laptop pertama, hosting serta domain untuk perniagaan beliau.

Ada banyak kunci kejayaan perniagaan yang dikongsikan beliau dalam buku 9 dari 10 ini. Kunci utama kejayaan menurut Irfan Khairi adalah KESABARAN. Benar, tanpa kesabaran yang tinggi dalam menempuh turun naik perniagaan, pasti sukar untuk berjaya.

Buku 9 dari 10 bukan hanya tentang teknik dan strategi perniagaan, tetapi apa yang perlu ada dalam diri seorang usahawan jika ingin menjadi peniaga yang berjaya dunia akhirat. Buku yang amat sesuai untuk dijadikan panduan untuk usahawan kecil yang baru mula berniaga. Buku yang mengajar erti kegagalan dan tidak putus asa dalam perniagaan.

Apa yang perlu dilakukan apabila gagal dan bagaimana cara untuk keluar dari kegagalan dalam perniagaan. Pelbagai nasihat dan kisah benar dari Irfan Khairi yang boleh dijadikan pengajaran dan panduan dalam menjalankan perniagaan terutama perniagaan online.

Antara yang paling best dalam buku 9 dari 10 adalah tentang ilmu pemasaran EVERGREEN yang amat penting dikuasai oleh usahawan. Kebanyakan usahawan di Malaysia terkejar-kejar dengan kaedah pemasaran mengikut TREND. 

Inilah kesilapan yang besar. Untuk berjaya dalam perniagaan online dalam jangka masa panjang, jangan hanya gunakan pemasaran TREND. Tetapi gabungkan juga dengan keadah EVERGREEN. Apa yang dimaksudkan dengan kaedah TREND vs EVERGREEN? Semuanya ada dalam buku 9 dari 10.

Selain kaedah pemasaran, teknik pengurusan masa yang berkesan untuk usahawan juga diterangkan dalam buku 9 dari 10 Irfan Khairi.

Cabaran yang perlu dihadapi pada tahun pertama dan kedua dalam perniagaan semuanya ada diterangkan dalam buku 9 dari 10.

Bagaimana cara untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi, apa cara untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan turut dikongsikan oleh beliau.

Konsep bootstrap yang diajar oleh Irfan Khairi sangat berguna untuk usahawan yang kekurangan modal yang besar dengan menggunakan wang yang ada dengan cara yang betul untuk mengembangkan perniagaan.

Irfan Khairi juga ada menyentuh tentang beberapa teknik pembinaan jenama. Jika mentor lain mengajar cara membina jenama dengan iklan di billboard, radio, tv.. Irfan Khairi mengajar cara yang berbeza. Tiada iklan!

Dalam buku 9 dari 10 beliau turut kongsikan apa yang buatkan beliau memulakan perniagaan di Dubai. Seronok sungguh membaca kisah dan pengalaman beliau. Yang pastinya banyak yang boleh dipelajari dari setiap perkongsian beliau.

Pesan saya, jika anda hanya inginkan cerita INDAH dalam perniagaan, jangan dapatkan buku ini. Buku ini merupakan cerita sebenar perjalanan seorang jutawan dari kecil-kecilan sehingga menjadi perniagaan antarabangsa.

Ilmu yang disampaikan terlalu banyak dan sangat bermanfaat untuk para usahawan. Pelbagai idea perniagaan online keluar selepas membaca buku ini. Memang awesome!

Sekian..

Baayah Idris.

Jika anda inginkan dapatkan buku 9 Dari 10 Irfan Khairi, Dari Solopreneur ke Entrepreneur Menjadi Globalpreneur, klik butang di bawah. Buku ini adalah dalam bentuk eBook versi digital.

Artikel berkaitan: 5 Cara Buat Duit Online RM100 Sehari Dari Rumah

Similar Posts

Leave Comment