|

INI RUPANYA 12 PERNIAGAAN MAKANAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

perniagaan makanan yang paling menguntungkan

Anda sedang berfikir nak mulakan perniagaan makanan? Tapi tidak tahu makanan yang paling laku dijual? Dalam artikel ini saya kongsikan 12 perniagaan makanan yang paling menguntungkan untuk anda mulakan sekarang.

Bisnes makanan merupakan bisnes yang menguntungkan dan sentiasa ada permintaan. Sebab orang perlukan makanan untuk terus hidup. Yang best lagi, anda boleh mulakan perniagaan makanan dari dapur rumah. Modal juga tak perlu besar.

Namun begitu, sebelum memilih untuk memulakan perniagaan makanan yang paling menguntungkan, anda perlu tahu kepada siapa anda nak jual.

Kenali Sasaran Pelanggan Anda

Ada banyak makanan paling laris untuk dijual, tapi yang laris pada orang lain tidak semestinya laku jika kita jual. Oleh itu, anda perlu tahu nak jual kepada siapa. Contohnya nak jual kepada,

  1. ibu yang ada anak kecil
  2. orang tua
  3. mereka yang bekerja pejabat
  4. pelajar

Maklumat di atas akan membantu anda menentukan makanan apa untuk dijual.

Contohnya jika anda tinggal di kawasan kampung yang ramai orang tua, tentunya makanan manis seperti kek kurang mendapat sambutan.

Mereka lebih berjaga-jaga tidak mahu terkena penyakit kencing manis. Dan makanan kesihatan seperti makanan sampingan kesihatan lebih mendapat sambutan.

11 PERNIAGAAN MAKANAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN

1. Kek, roti dan kuih-muih

perniagaan makanan yang paling menguntungkan

Jika anda minat membuat kek dan dekorasi, anda boleh fokus menjual kek. Ada banyak permintaan untuk kek seperti kek harijadi, kek untuk kenduri kahwin, kek untuk makan bersama keluarga.

Ambil gambar setiap kek yang anda buat dan jadikan ia sebagai bahan promosi. Supaya kek anda tidak sama dengan yang lain, anda boleh buat kek yang kurang manis. Jadikan tagline “kek kurang manis” sebagai tarikan utama perniagaan anda.

Sebagai contoh, kek kurang manis khusus untuk mereka yang tak suka manis, nak diet, atau pesakit diabetes. Untuk permulaan, buat kek hanya setelah menerima tempahan. Dengan ini anda tidak menghadapi masalah kek tak laku.

Selain kek, roti dan kuih-muih antara perniagaan makanan yang menguntungkan. Roti dan kuih-muih sesuai untuk anda jual setiap hari di kawasan tempat tinggal atau melalui delivery.

Nak dapatkan untung banyak menjual roti dan kuih, anda boleh meletakkannya di kedai-kedai.

Jualan roti juga boleh dibuat di kawasan pejabat, sekolah, hospital atau mana-mana kawasan awam yang ramai pengunjung. Satu kelebihan menjual roti, ia tahan lebih lama berbanding kuih-muih.

Gunakan kemahiran dan minat anda untuk membina bisnes bakeri.

2. Biskut Raya (Cookies)

perniagaan makanan yang paling menguntungkan

Setiap kali tiba musim perayaan, tentunya kuih atau biskut raya mendapat permintaan yang tinggi. Anda mungkin rasakan biskut raya adalah satu perniagaan makanan yang menguntungkan yang bermusim.

Namun kini, anda boleh menjual biskut raya sepanjang tahun. Ada saja orang yang nak makan biskut raya sebagai kudapan harian di rumah.

Pengeluaran biskut raya biasanya perlu dibuat dalam kuantiti yang tinggi. Jika anda rasakan tidak mampu untuk membuat berbalang biskut raya seorang diri, tapi sangat berminat untuk memulakan perniagaan ini, saya ada caranya.

Anda boleh membuat tempahan biskut raya dari pengilang biskut dan jenamakan biskut atas nama anda. Anda tidak perlu lagi bermain dengan tepung. Apa yang perlu dilakukan adalah promosi yang kuat untuk menjual biskut anda.

Mulakan perniagaan biskut raya anda sekarang dengan membuat tempahan di mana-mana pengilang biskut. Sebagai permulaan, buat tempahan dengan kuantiti yang kecil untuk test market. Jika dah ada permintaan yang banyak, anda boleh mula menempah dengan kuantiti yang lebih besar.

3. Makanan Sejuk Beku (Frozen Food)

Makanan frozen juga salah satu perniagaan makanan yang paling menguntungkan dan berisiko rendah. Ini kerana makanan yang tahan lama dan tidak rosak jika tak laku dalam sehari.

Pelbagai jenis makanan frozen yang boleh anda jual seperti karipap, ketupat palas, kasturi, boom kelapa, sardin roll, donut, pulut panggang, pau aneka inti.

Tiada masa nak buat sendiri semua jenis makanan frozen ini? Cari saja pembekal. Tugas anda hanya buat jualan.

Seperkara untuk diingat, anda perlu mengeluarkan modal untuk membeli freezer bagi menyimpan makanan sejuk beku.

4. Burger

Burger antara bisnes yang memerlukan modal permulaan yang rendah. Perniagaan burger merupakan perniagaan makanan yang paling menguntungkan kerana kos yang rendah dan untung yang agak tinggi.

Bisnes burger tidak perlu masa anda seharian dari pagi hingga ke malam. Anda boleh membuat kerja lain di sebelah siang dan berniaga burger di waktu malam.

Antara perkara penting yang perlu anda ambil kira sebelum mulakan bisnes burger adalah pemilihan lokasi yang strategik. Bisnes ini juga boleh memberikan anda pendapatan 4-5 angka sebulan.

5. Air Balang

Bisnes air balang antara perniagaan makanan yang paling menguntungkan terutama ketika musim panas. Pasti ada saja yang singgah jika anda jual di waktu tengahari yang panas terik.

Bisnes bermodal kecil dan untung besar ini mudah untuk anda mulakan. Bagi mengembangkan lagi bisnes air balang, cari pekerja dan letakkan gerai anda di beberapa tempat.

Ada peniaga yang boleh dapat sehingga RM7,000 sebulan dengan bisnes air balang.

6. Aiskrim

Bisnes aiskrim yang sentiasa mendapat tempat di hati kanak-kanak mahupun orang dewasa. Aiskrim yang anda buat boleh dijual bukan saja di pasar malam, tapi juga di majlis keraian atau kenduri kahwin.

Anda boleh mulakan bisnes aiskrim ini dengan mendapatkan mesin membuat aiskrim. Jika nak menjual aiskrim Malaysia, anda boleh buat sendiri tanpa perlukan mesin.

Perniagaan aiskrim merupakan perniagaan makanan yang paling menguntungkan. Ada peniaga yang mampu meraih sehingga RM5,000 sebulan secara part-time saja.

7. Food Delivery

Semakin ramai yang sukakan penghantaran makanan sehingga ke rumah atau pejabat sejak ada Foodpanda & Grab Food. Ini kerana ia menjimatkan masa. Sambil menunggu makanan sampai banyak kerja lain yang boleh dilakukan.

Pelbagai jenis makanan yang anda boleh jual dan buat penghantaran. Contohnya nasi kerabu, nasi ambeng, nasi tomato, nasi ayam, nasi biriyani, spaghetti, dan lain-lain.

Anda masak dan terus buat penghantaran kepada pelanggan. Anda boleh bermula dari dapur rumah saja. Bisnes Makan Delivery antara perniagaan makanan yang paling menguntungkan. Anda hanya masak mengikut tempahan pelanggan.

8. Nasi lemak

Juadah turun temurun yang paling dekat di hati rakyat Malaysia. Anda boleh mulakan perniagaan nasi lemak dari rumah dengan mengambil tempahan dari penduduk setempat. Setelah siap, hantar terus ke rumah mereka atau mereka boleh datang ambil sendiri.

Anda boleh menjual nasi lemak di waktu pagi dan juga malam. Pelbagaikan lauk untuk nasi lemak seperti kerabu sambal, sambal udang petai, rendang ayam, dan sambal bilis.

Bagi mengembangkan bisnes nasi lemak, anda boleh membuka gerai di waktu pagi atau malam di kawasan yang strategik, masuk ke pasar malam atau pasar pagi. Ambil pekerja untuk bekerja di gerai-gerai nasi lemak anda.

Katakan satu gerai nasi lemak anda untung bersih RM100 sehari. Jika ada 3 gerai, anda dah untung RM300 sehari. Sebulan berniaga 26 hari, anda dah dapat RM7800. Kiraan ini tidak termasuk lagi nasi lemak delivery. Anda nampak dah kan, perniagaan nasi lemak antara perniagaan makanan yang paling menguntungkan.

9. Pisang Goreng, Keropok Lekor, Keledek & Keladi Goreng

Satu lagi perniagaan makanan yang paling menguntungkan. Nampak macam bisnes kecil, tapi untung yang dapat juga masyuk. Setiap petang ramai yang akan mencari makanan bergoreng seperti pisang, keledek, keladi, sukun goreng dan keropok lekor.

Buka gerai kecil di kawasan tumpuan seperti berhampiran kedai dan pejabat. Pastinya ramai yang akan serbu pisang goreng panas anda untuk dibuat minum petang bersama keluarga.

Kembangkan perniagaan pisang goreng dengan menambah lagi cawangan gerai. Pastikan anda memilih lokasi yang strategik dan juga pekerja yang boleh dipercayai.

10. Kambing perap

Kambing antara makanan yang ada peminatnya yang tersendiri. Anda boleh memilih memulakan perniagaan kambing perap sendiri ataupun menjadi ejen kambing perap.

Jika menjadi ejen semuanya sudah disediakan, anda cuma perlu sediakan freezer untuk simpan stok dan juga buat jualan. Risiko perniagaan ini agak rendah kerana makanan jenis tak cepat rosak jika tidak dapat dijual dalam sehari.

Sekiranya anda memilih untuk membina sendiri perniagaan kambing perap, lantik ejen supaya lebih cepat perniagaan anda dikenali. Selain itu, anda dapat berkongsi rezeki dengan ejen.

11. Kerepek

Perniagaan kerepek antara perniagaan makanan yang menguntungkan. Anda boleh mula goreng kerepek di rumah sendiri. Kemudian pack, letakkan sticker dan jual.

Lantik ejen untuk menjual kerepek anda. Anda juga boleh meletakkan kerepek di kedai makan, Petronas, kantin sekolah, kolej dan asrama pekerja. Pelajar yang tinggal di kolej kediaman memang sukakan kerepek untuk mereka makan semasa stay up.

Sebab itu di awal artikel ini saya ada nyatakan kenal pelanggan anda. Kepada siapa anda nak jual. Supaya senang anda nak buat jualan. Jika tak kena pada orangnya, tentu kerepek anda susah nak laku.

12. Sambal

Kalau anda perasan produk sambal memang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Sebagai contoh sambal bilis Che Nor, sambal Khairul Ameng. Memang laku keras!

Tapi, anda kena tahu macam mana nak buatkan sambal anda tahan lama tanpa bahan pengawet. Packaging apa nak guna, cara kira costing dan juga cara nak tetapkan harga jualan.

Jadi, kalau anda nak keluarkan produk makanan sendiri seperti sambal, rendang dan nasi dagang, anda boleh pelajari caranya dari Tuan Rahman Basri. Beliau ada kongsikan cara memulakan bisnes makanan hanya dari rumah.

Bagaimana Nak Mulakan Perniagaan Makanan?

1. Pilih Makanan Yang Nak Dijual

Anda boleh membuat pilihan dari senarai di atas. Tentukan juga mengikut minat dan kepakaran anda. Dan tentunya makanan apa yang anda masak paling sedap. Ini penting supaya pelanggan yang ada akan beli berkali-kali dengan anda.

Macam mana jika tak pandai nak masak? Belajar memasak di Youtube atau beli buku resipi.

2. Buat kiraan kos

Buat kiraan kos yang terlibat dalam penyediaan makanan termasuk kos bungkusan dan upah pembantu jika ada pekerja. Kos ini akan menentukan berapa harga jualan yang perlu anda letak supaya tidak rugi.

3. Tentukan medan promosi

Dah ada produk, dah letak harga, kini masanya untuk anda buat promosi. Tetapkan di mana nak buat promosi. Di Facebook Group, group whatsapp atau hebahan mulut ke mulut. Belajar Tingkatkan Jualan Dengan Strategi Pemasaran Tanpa Modal

4. Ambil tempahan

Seeloknya untuk permulaan, mulakan perniagaan dengan mengambil tempahan terlebih dahulu. Ini memudahkan anda membuat anggaran permintaan dan mengelakkan kerugian jika makanan tak laku.

Penutup

Dalam perniagaan makanan, rasa dan kebersihan adalah aspek penting yang sentiasa anda perlu titik beratkan. Sediakan makanan yang enak dengan harga yang berpatutan supaya banyak pembelian ulangan.

Dah sampai ke penghujung, perniagaan makanan apa yang anda pilih? Sudikanlah tinggalkan komen anda.

Kalau anda berminat nak jana USD3-4 angka sehari dengan bisnes dropship, boleh baca di sini.

Similar Posts

Leave Comment