|

5 KELEBIHAN BERNIAGA DI SHOPEE

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

Nama Shopee sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Apa tidaknya, iklan Shopee seringkali keluar di kaca TV. Apa kelebihan berniaga di Shopee ni?

kelebihan berniaga di shopee

Dengan lagu yang best dan dutanya yang popular seperti Christiano Ronaldo dan Phua Chu Kang, iklan Shopee ini selalu bermain di fikiran kita kan..

Promosi besar-besaran yang dibuat Shopee ini buatkan ramai yang berbelanja di platform mereka. Apatah lagi dengan promosi penghantaran percuma yang sudah tentunya menarik lebih ramai pembeli.

Sebagai salah satu platform e-commerce yang terbesar di Malaysia, peluang yang diberikan Shopee untuk peniaga berniaga di Shopee seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Lagi pula anda tidak perlu membayar apa-apa untuk mula bisnes online di Shopee.

Jadi, sebelum anda nak berniaga online di Shopee, jom kita ketahui apa kelebihan berniaga di Shopee.

1. Pelbagai Kategori Produk

Anda boleh menjual pelbagai produk di Shopee. Ini kerana Shopee menawarkan pelbagai kategori produk untuk pilihan ramai.

Produk yang pelbagai ini telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke platform Shopee.

Namun, untuk anda berjaya menjual di Shopee nanti, pastikan produk anda mempunyai permintaan tinggi dan berkualiti. Elakkan membuang harga seperti ramai peniaga lain di Shopee dan berikan kelainan supaya produk anda menjadi pilihan.

2. Pengunjung Yang Ramai

Untuk pengetahuan anda, Shopee mempunyai sekitar 40 juta pengunjung sebulan. Jika anda nak dapatkan pembeli, anda perlukan pengunjung yang ramai setiap hari ke kedai anda.

Jadi, jika anda berniaga di Shopee, anda tidak perlu risau soal trafik atau pengunjung. Ini kerana, daripada 40 juta pengunjung, pasti ada beberapa orang yang akan membeli produk anda.

Dan jika anda nak dapatkan lebih jualan, anda perlu tahu beberapa strategi pemasaran yang mudah untuk anda lakukan. Semuanya ada diterangkan dalam panduan Bisnes Shopee ini.

3. Kos Pemasaran Yang Rendah

Jika sebelum ini anda biasa berniaga menggunakan Facebook Ads dan Google Ads, anda tentu tahu kos pemasaran yang agak tinggi. Itu pun belum tentu dapat jualan. Untuk dapatkan kos pemasaran yang minima, anda perlu tahu teknik pemasaran yang tepat dan belajar juga tentang teknikal.

Berbanding medium pemasaran lain, kos pemasaran di Shopee agak rendah dan lebih terbukti berkesan.

4. Kos Penghantaran Percuma

Sebagai pembeli, anda tentu suka jika dapat free postage kan? Ada tu yang dah setuju dengan harga barang, tapi bila dengar kena bayar kos penghantaran, terus tak jadi beli.

Tapi, bila anda berniaga di Shopee, anda tak perlu lagi risau tentang kos penghantaran. Sebab Shopee ada jalinkan kerjasama dengan syarikat penghantaran. Anda sebagai penjual boleh menghantar barang secara percuma kepada pembeli.

Barang anda pun lebih mudah terjual bila adanya promosi penghantaran percuma.

5. Pembukaan Kedai Online Percuma

Lagi satu yang best berniaga di Shopee ini anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk membuka store. Anda boleh buka store anda sendiri dan masukkan produk anda. Nak buka store and upload produk pun mudah dan cepat.

Jika ada sebarang persoalan tentang cara nak upload produk di Shopee, anda boleh terus chat dengan Shopee customer service.

Bila anda dah siap masukkan semua produk, bersedia untuk terima pengunjung.

Akhir Kata

Itu saja perkongsian untuk kali ini. Oh ya, jika anda nak belajar cara berniaga di Shopee dengan betul, anda boleh baca DISINI! Panduan bisnes Shopee ini memang lengkap dan sangat mudah untuk diaplikasikan walau anda baru nak mula bisnes online.

Semoga Shopee dapat menjadi lubuk duit buat anda.

Similar Posts

Leave Comment