|

21 Idea Bisnes Tanpa Modal 2023 Yang Menguntungkan

Disclaimer: This article contains affiliate links that I receive a small commission for at no cost to you. You can read my full affiliate disclosure in my disclaimer.

Anda ingin memulakan bisnes tapi tiada idea nak buat bisnes apa yang menguntungkan serta memerlukan modal yang rendah? Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 21 idea bisnes tanpa modal ataupun yang memerlukan modal yang rendah untuk dimulakan pada tahun ini.

Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, modal adalah perkara penting yang sering menjadi halangan. Moga dengan pembacaan dari artikel ini anda dapat idea untuk memulakan perniagaan anda sekarang.

Adakah Bisnes Tanpa Modal Ini Wujud?

Mungkin anda berasa sangsi bila ada yang katakan anda boleh mulakan bisnes tanpa modal. Bisnes tanpa modal yang dimaksudkan di sini adalah tanpa mengeluarkan wang ringgit yang banyak. Namun begitu, sebagai gantinya anda perlu mengeluarkan modal tenaga dan juga masa.

Bukanlah hanya goyang kaki tunggu duit masuk.

Kebanyakan bisnes tanpa modal yang saya kongsikan di sini adalah jenis bisnes servis. Ini kerana bisnes servis lebih memerlukan kepakaran anda, tenaga dan juga masa.

21 Idea Bisnes Tanpa Modal

1. Dropship

Bisnes dropship sesuai untuk yang baru nak belajar buat bisnes. Antara kelebihan bisnes dalam talian adalah anda tidak perlu menyimpan stok. Secara ringkasnya, anda menjadi ejen untuk menjual produk orang lain. Pemilik produk akan berikan ejen dropship harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Perbezaan harga itulah untung yang anda dapat. Anda hanya perlu membuat pembelian produk apabila ada pesanan dari pelanggan.

Segala urusan pembungkusan dan penghantaran diuruskan oleh pemilik produk. Anda hanya perlu berurusan dengan pelanggan untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk.

Sumber: Oberlo.com

Ada pemilik produk yang mengenakan bayaran untuk menjadi ejen dropship mereka. Ada juga yang percuma. Anda perlu rajin mencari di Facebook ataupun Google saja ‘ejen dropship’.

Sebelum menyertai mana-mana program dropship anda perlu bertanya pemilik produk apakah terma dan syarat untuk join program dropship mereka. Antaranya, adakah perlukan bayaran untuk sertai program dropship mereka, berapa komisen yang diberikan, adakah pemilik produk menyediakan bahan untuk pemasaran.

Jika anda memilih bisnes tanpa modal, maka anda hanya perlu sertai program dropship yang tidak memerlukan bayaran penyertaan. Kebiasaannya pemilik produk ada menyediakan bahan pemasaran untuk digunakan oleh ejen. Bagi komisen pula, ia bergantung pada jenis produk.

Komisen untuk produk fizikal tidaklah tinggi. Biasanya dalam 2% hingga 20%.

Dropship Pasaran Antarabangsa

Model bisnes dropship untuk pasaran antarabangsa hampir sama dengan pasaran tempatan. Cuma untuk pasaran antarabangsa, anda boleh mendapatkan pembekal produk dari Aliexpress ataupun Taobao. Segala urusan jualan dijalankan secara automatik menggunakan platform eCommerce.

Platform eCommerce seperti Shopify banyak memudahkan urusan bisnes dropship. Pelajari rahsia Shopify untuk mengetahui lebih lanjut cara buat duit dengan Shopify. Dengan Shopify memudahkan anda untuk mengembangkan lagi bisnes dropship.

2. Bisnes Tanpa Modal – Affiliate

Sumber: Justlearnwp.com

Bisnes affiliate merupakan bisnes tanpa modal yang memberikan untung yang lumayan. Kebanyakan program affiliate adalah untuk produk digital seperti ebook, course dan software. Seronoknya, bisnes ini boleh lakukan dari rumah atau mana-mana saja anda berada.

Konsep bisnes afiliate hampir sama dengan bisnes dropship. Anda perlu mempromosi produk orang lain dan mendapat komisen darinya. Oleh kerana kos untuk membuat produk informasi seperti ebook dan course hanya sekali saja dikeluarkan, keuntungan yang diberikan juga tinggi antara 50% – 75%.

Apa yang saya suka tentang bisnes affiliate selain komisen tinggi adalah segala info dan support untuk produk diuruskan oleh pihak pengeluar produk. Ejen affiliate hanya perlu membuat pemasaran untuk memastikan produk terjual.

Penyedia program affiliate di Malaysia:-

  1. Klikjer
  2. Jvwarrior
  3. Involve Asia
  4. Accesstrade
  5. Shopee
  6. Lazada

Penyedia Program Affiliate Antarabangsa:-

  1. Clickbank
  2. Warriorplus
  3. Jv Zoo

Selain nama yang disebutkan di atas, ada juga syarikat lain yang menyediakan program affiliate mereka sendiri. Anda boleh menghubungi mereka untuk menyertai program affiliate bagi memulakan bisnes tanpa modal.

3. Jual Ebook

Menjual buku digital atau lebih dikenali sebagai ebook merupakan bisnes produk informasi atau pendidikan yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Banyak permintaan ebook pada masa sekarang kerana ramai orang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang.

Jika anda pandai menulis, anda boleh membuat ebook anda sendiri. Jika tidak, anda boleh mengupah penulis untuk menulis bagi pihak anda. Setelah siap menulis ebook, anda boleh terus mempromosikan ebook itu.

Bisnes ebook adalah salah satu bisnes tanpa modal yang boleh memberikan hasil yang lumayan. Contohnya, ada seorang brother ini berjaya jana hingga RM10,000 sebulan dengan bisnes ebook.

4. Bisnes Tanpa Modal – Servis Bina Website

Jika anda memiliki kepandaian dalam membina website, anda boleh memberikan servis membina website. Servis bina website mendapat permintaan yang tinggi pada masa kini disebabkan rakyat Malaysia telah mula biasa dengan pembelian melalui online.

Servis bina website merupakan bisnes tanpa modal yang sangat lumayan kerana harga untuk bina satu website ringkas biasanya lebih RM450.

5. Tukang Urut

Tukang urut antara servis yang diperlukan ramai terutamanya ibu lepas bersalin. Bisnes tanpa modal ini boleh dimulakan jika anda memiliki kepandaian mengurut.

Anda juga boleh belajar mengurut dari mereka yang berpengalaman sebelum memulakan servis ini. Selain itu anda boleh mengambil mereka yang pandai mengurut untuk bekerja dengan anda. Tugas anda hanyalah mencari seberapa ramai pelanggan yang memerlukan servis urutan.

6. Bisnes Tanpa Modal – Copywriter

Jika anda seorang yang minat menulis dan berbakat menghasilkan copywriting yang menarik, anda boleh memulakan bisnes sebagai copywriter. Antara servis copywriter adalah seperti menulis ayat iklan Facebook, atau ayat iklan di sales page.

Dengan ayat iklan yang sedap dibaca, pelawat akan mudah tertarik dan membuat belian di website. Anda juga boleh membina agensi penulisan sendiri yang mana akan membawa lebih banyak keuntungan kepada perniagaan.

7. Pengurus Media Sosial

Seiring dengan peningkatan penggunaan media sosial, anda boleh menawarkan servis untuk menguruskan Facebook, Tok Tok, Instagram, Pinterest, Linkedin, Twitter pelanggan.

Servis ini boleh ditawarkan secara pakej seperti harian, mingguan atau bulanan. Tugas anda menyediakan posting yang menarik untuk tatapan follower mereka. Anda boleh mengambil pekerja jika permintaan mula meningkat.

Yang seronoknya bisnes tanpa modal berasaskan pakej ini boleh menjana pendapatan tiap bulan tanpa perlu sentiasa mencari pelanggan baru.

8. Bisnes Tanpa Modal – Konsultan/ Coach

Untuk yang memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang seperti perakaunan, tax, law, kesihatan, leadership, anda boleh menawarkan bisnes konsultansi pada mereka yang memerlukan.

Bisnes tanpa modal ini antara bisnes yang membolehkan anda mengenakan caj yang tinggi kepada pelanggan.

9. Handmade Good

Bagi yang pandai dalam kerja tangan seperti mengait, menganyam, menjahit, anda boleh komersialkan hasil tangan anda itu. Anda boleh promosikan di Etsy, website sendiri atau media sosial.

Jika jual di Etsy, pelanggan anda adalah ‘market international’. Potensi besar tu. Cara lain, anda cari mereka yang pandai buat kerja tangan dan tugas anda adalah promosikan. Dari situ anda dapat komisen atau boleh mark-up harga. Bergantung pada perbincangan anda dan pembekal.

10. Bisnes Tanpa Modal – Penulis Upahan (Ghostwriter)

Anda pandai menulis artikel, cerpen atau novel? Anda boleh mengambil upah untuk mereka yang memerlukan penulis untuk menulis buku atau artikel blog mereka. Kebanyakan mereka yang mengambil ghostwriter adalah dari tokoh, usahawan berjaya atau leader yang industri masing-masing.

Jika anda tak pandai menulis, boleh outsource kepada penulis lain untuk menulis dengan harga yang lebih rendah dari yang anda dapat. Dapat juga anda untung.

11. Graphic Designer

Anda pandai dalam design? Anda boleh berikan servis design logo, t-shirt, website atau apa saja servis yang memerlukan graphic designer. Servis ini boleh ditawarkan bukan sahaja kepada pelanggan di Malaysia, tapi juga luar negara. Sangat masyuk jika anda dapat pelanggan luar negara sebab pembayaran dalam USD.

Untuk buat promosi anda boleh iklankan servis anda di Fiverr, Freelancer atau Upwork. Anda boleh caj mengikut pengalaman anda. Adalah penting untuk menyediakan portfolio bagi memudahkan pelanggan membuat penilaian sebelum buat tempahan.

12. Bisnes Tanpa Modal – Servis Pembersihan Rumah

bisnes tanpa modal

Servis pembersihan rumah sangat diperlukan terutama mereka yang bekerja suami isteri. Disebabkan kesibukan bekerja mereka tiada masa nak kemas rumah atau cuci toilet. Oleh itu, servis pembersihan rumah ini sangat tinggi permintaan terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Selangor.

Anda boleh mulakan bisnes tanpa modal ini dengan membersih sendiri rumah pelanggan. Sekiranya anda turut menyediakan peralatan mencuci, sedikit modal perlu dikeluarkan untuk memulakan bisnes ini. Untuk mempercepatkan kerja membersih, anda boleh lakukan tugas bersama seorang lagi pasangan untuk setiap rumah.

Sebagai servis tambahan, anda boleh mengambil upah lipat baju dan cuci pinggan. Caj yang anda kena juga bertambah. Jika anda berhasrat untuk mengembangkan bisnes ini ke tahap yang lebih tinggi, anda boleh mula dengan mencari pekerja.

Upah pekerja hanya dibayar selepas mereka menyelesaikan kerja. Anda boleh bayar mereka setelah pelanggan membayar anda.

13.Blog

bisnes tanpa modal

Anda boleh jadikan blog sebagai sumber pendapatan dengan menulis artikel yang berkaitan dengan bisnes anda. Blog yang mempunyai trafik yang banyak boleh menjana pendapatan dari pelbagai sumber.

Antara sumber pendapatan dari blog:-

  • affiliate
  • sponsored post
  • review produk
  • jual template, ebook atau course sendiri

Namun begitu, untuk dapat duit pertama dari blog memakan masa beberapa bulan. Anda perlu konsisten mengemas kini blog dengan artikel terbaru.

Jika anda tiada masa menulis artikel, anda boleh mengupah content writer untuk menulis artikel blog anda. Ada juga yang menyediakan servis pengurusan blog.

Mereka lakukan posting, susun artikel dan jawab komen di blog. Jadi blog anda akan sentiasa update. Apa yang best tentang blog, anda boleh menjana pendapatan jangka panjang.

14. Bisnes Tanpa Modal – Sub-kontraktor atau broker

Dalam bisnes ini peranan and lebih kepada orang tengah yang mendapat komisen dari hasil jualan. Contohnya anda dapatkan kerja ubahsuai rumah. Anda cari kontraktor yang boleh buat kerja itu dan dapat komisen dari situ.

Semakin ramai pelanggan yang anda dapat cari, semakin tinggi komisen anda.

15. Servis Pemasaran Email

Servis ini diperlukan oleh pemilik perniagaan untuk mengekalkan perhubungan dengan bakal pelanggan atau pelanggan mereka. Ada syarikat yang mempunyai puluhan ribu senarai email pelanggan. Mereka perlu sentiasa berhubung dengan email list untuk meningkatkan lagi jualan syarikat.

Di sini tugas anda untuk membantu syarikat ini yang biasanya tak cukup masa untuk membuat email yang boleh mendekatkan mereka dengan pelanggan. Servis ini boleh dilakukan secara pakej contohnya pakej email mingguan. Tiap minggu hantar 2 email.

Dengan menyediakan pakej anda dapat mengekalkan pelanggan yang sama setiap bulan dan dapat menjangka aliran tunai bisnes.

16. Bisnes Tanpa Modal – Jual course online

Anda boleh menjual pelbagai course secara online. Contohnya anda boleh menjual kursus jahitan, kursus mengait, kursus buat kek. Senaraikan apa saja kelebihan yang anda ada yang boleh membantu orang lain.

Anda juga boleh bekerjasama dengan orang lain yang mempunyai kemahiran atau kepakaran yang boleh dikongsikan kepada orang lain. Kursus ini selain boleh dijual di website sendiri, anda boleh jual di Udemy, Thinkific atau Teachable.

17. Home Tutor

Sekiranya anda suka mengajar, anda boleh buka kelas. Contohnya mengajar mengaji atau kelas belajar membaca. Home tutor boleh dilakukan di rumah sendiri atau di rumah pelanggan.

Dengan kecanggihan teknologi anda boleh mengajar secara online menggunakan Zoom atau Google Meet. Kelas boleh dijalankan di mana saja pada waktu yang anda tetapkan sendiri.

18. Bisnes Tanpa Modal – Servis Pemasaran (Facebook Ads & Google Ads)

Sekiranya anda memiliki skil membuat Facebook Ads atau Google Ads, anda boleh menawarkan servis ini kepada pihak lain yang memerlukan. Ramai usahawan yang ingin menaikkan jualan dengan pemasaran berbayar tetapi tidak pandai menjalankan kempen Facebook Ads atau Google Ads.

Anda boleh bantu mereka jalankan kempen dengan bajet mereka dan mengambil upah untuk servis anda.

19. Servis Gunting Rambut

bisnes tanpa modal

Servis ini boleh diberikan di rumah anda sendiri atau pergi rumah ke rumah. Namun anda perlu menyediakan peralatan untuk gunting rambut. Perkhidmatan gunting rambut rumah ke rumah dapat memudahkan serta menjimatkan masa pelanggan.

20. Bisnes Tanpa Modal – Personal Shopper

Servis ini membantu pelanggan untuk membuat pembelian. Contohnya membuat pembelian untuk pelanggan di IKEA. Anda mengenakan sedikit caj untuk servis yang anda jalankan ini.

Anda juga boleh menjadi personal shopper jika pergi melancong di luar negara. Ramai yang inginkan harga yang lebih murah jika beli terus di negara contohnya jam G-Shock ketika di Jepun.

21. Virtual Assistant

bisnes tanpa modal

Tugas virtual assistant (VA) seperti seorang kerani di pejabat. Cuma bezanya VA melakukan tugas secara online atau dari rumah. Tugas VA seperti menaip, jawab telefon, menulis surat, atau apa saja tugasan yang diminta oleh majikan.

VA boleh mengenakan caj mengikut jam bekerja atau jenis tugasan yang dilakukan.

Apakah Langkah Utama Yang Perlu Diambil Untuk Memulakan Bisnes Tanpa Modal?

Setelah membaca kesemua idea bisnes di atas, tentunya anda mendapat idea untuk memulakan bisnes tanpa modal pertama anda. Sebelum membuat pilihan, anda perlu tahu apakah kelebihan diri dan minat anda.

Ini penting supaya anda dapat melakukan bisnes tanpa modal ini dengan bersungguh serta dapat bertahan lama.

Seperti saya katakan di awal artikel ini, bisnes tanpa modal memerlukan modal dari segi masa dan tenaga untuk mendapatkan hasil yang lumayan.

Anda juga boleh cuba bisnes online dari rumah jika ada masalah kekangan masa untuk keluar rumah.

Akhir kata

Terdapat pelbagai peluang di masa kini untuk anda mulakan perniagaan. Namun begitu, ia tidak akan berjalan tanpa tindakan dan usaha.

Dari idea bisnes tanpa modal di atas yang mana satu menjadi pilhan hati anda?

Similar Posts

Leave Comment